IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: 1)anda topup RM50,percuma kredit RM10 DAN DATA 1.5GB, 2)topup RM30, PERCUMAD DATA 1GB UNTUK 1 BULAN, TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

Penghakiman petisyen pilihan raya layakkan Rashid letak jawatan

Kebencian rakyat khususnya masyarakat sivil terhadap Tan Sri Rashid, Pengerusi SPR kini berada di tahap maksimum. Semakin hari semakin jelak rakyat melihat sikap 'double standard' dan muka selamba beliau tatkala menerima kecaman umum.
Kenyataan terbaru Rashid sepertimana yang dilaporkan di media massa hanya menguatkan lagi bukti betapa beliau tidak lagi peduli soal integriti dan kredibiliti. Beliau dilaporkan berkata:

"... We have done well in all the general elections. Even my foreign counterparts praised me because here we get faster results and the elections are smooth." (NST, 20 Nov m/s 4)

Seterusnya beliau menyatakan kesediaan untuk bersara "if they could show proof of irregularities like vote-rigging."

Rashid juga mencabar parti politik untuk pergi ke Mahkamah jika mereka tidak berpuashati cara pilihan raya dikendalikan.

Saya tidak tahu kenapakah Rashid harus terus mengulangi cabaran supaya kes pilihan raya dibawa ke Mahkamah sedangkan dalam banyak pertemuan PAS dengan beliau (yang saya sendiri hadiri lebih kurang empat kali) dan dalam tulisan saya sebelum ini di akhbar Harakah dan Harakahdaily, saya telah menyatakan beberapa kali bahawa parti pembangkang sudah banyak kali menyaman SPR di Mahkamah sama ada melalui petisyen pilihan raya atau melalui writ saman.

Di dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu sahaja PAS (tidak termasuk Partai Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP) telah memfailkan 25 petisyen pilihan raya di seluruh negara dan di dalam petisyen itu SPR telah dijadikan pihak responden. PKR juga telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ke atas SPR.

Mungkin Rashid yang buta undang-undang itu keliru memandangkan petisyen yang difailkan ditolak oleh Mahkamah, maka bagi beliau, SPR adalah di pihak yang benar dan pilihan raya yang diadakan adalah mengikut undang-undang.

Kekeliruan Rashid tersebut sebenarnya boleh dielakkan jika beliau mengambil masa sedikit membaca (dan tidak hanya sibuk bercakap) beberapa penghakiman yang ditulis oleh beberapa orang Hakim yang mendengar petisyen pilihan raya berhubung pengendalian pilihan raya oleh SPR.

Jika beliau membaca penghakiman tersebut adalah jelas terdapat "judicial recognitions" tentang perlanggaran undang-undang pilihan raya oleh SPR.

Di dalam kes petisyen yang difailkan oleh ahli PAS bagi Dun Pengkalan Pasir, Kelantan pempetisyen telah mendakwa bahawa SPR telah melanggar undang-undang pilihan raya antaranya perlanggaran seksyen 19(7) Peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981.

Yang Arif Hakim Dato' Hassan Lah yang mendengar kes tersebut bersetuju bahawa terdapat perlanggaran undang-undang pilihan raya di dalam pilihan raya kecil tersebut.

Beliau menyatakan di dalam penghakimannya:

"Pihak Responden Kedua (pegawai pengurus pilihan raya) dan Ketiga (SPR) tidak memanggil sebarang saksi untuk menafikan keterangan saksi-saksi pempetisyen berkaitan perkara ini. Dengan itu saya menerima keterangan SP 12, SP 13 dan SP 15 bahawa mereka telah tidak dibenarkan untuk mengundi bagi pihak ibu atau bapa mereka pada hari tersebut oleh petugas-petugas SPR di saluran-saluran tersebut."

Di dalam kes yang sama, Hakim juga berpuashati bahawa terdapat orang lain yang telah mengundi (melalui penyamaran) dengan menggunakan nama pengundi yang sebenar yang terdapat di dalam daftar pemilih. Hakim Dato Hassan Lah menyatakan:

"Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, saya telah berpuashati bahawa ada orang lain yang telah mengundi dengan menggunakan nama Yusuf bin Harun dan Zainab binti Mat Jusuh dan kedua-dua mereka telah tidak mengundi pada hari tersebut."

Kalau Rashid masih belum puas hati dengan bukti di atas, saya kemukakan di sini keputusan Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang di dalam kes Harris Mohd Salleh v The Returning Officer, Ismail Majin & Ors (2001) 3 CLJ 161 iaitu kes yang melibatkan petisyen pilihan raya di N 13 iaitu Dun Likas.

Antara isu utama dalam pilihan raya tersebut adalah isu daftar pemilih 1998 yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah.

Daftar pemilih untuk Dun Likas disahkan oleh SPR pada Disember 1998. Sebelum tarikh itu terdapat 4,585 bantahan yang dibangkitkan bagi Senarai A dan 246 bantahan bagi Senarai B. Senarai A mengandungi nama pengundi di mana semakan daftar pemilih hanya boleh dilakukan jika melibatkan pengundi yang mati dan pengundi yang hilang kelayakan. Senarai B pula mengandungi nama mereka yang memohon untuk bertukar kawasan.

Semasa perbicaraan, pihak pempetisyen telah berjaya mengemukakan bukti 4,197 orang yang mempunyai kad pengenalan yang diragui. Pempetisyen juga telah menerima dari orang ramai 36 kes kad pengenalan yang diragui di mana nama mereka ada di dalam daftar pemilih bagi Dun Likas dan pempetisyen telah membuat laporan polis (No Report 1438/1999) tetapi tiada penyiasatan dibuat oleh polis.

Meskipun SPR melalui pegawai pendaftarnya mengakui bahawa dia menerima sebanyak 4,585 bantahan terhadap Senarai A dan 246 bantahan ke atas Senarai B, namun tiada sebarang inkuiri diadakan sedangkan bantahan tersebut sepatutnya wajar didengar oleh SPR kerana ia melibatkan kelayakan seorang pengundi untuk mengundi.

Melalui surat SPR yang dikeluarkan oleh ibu pejabat SPR bertarikh 7 dan 8 Oktober 1998 (eksibit P21 dan P22) SPR secara jelas enggan membenarkan bantahan yang bermerit tersebut didengar oleh SPR Sabah.

Meskipun pempetisyen telah membuat rayuan kepada SPR Pusat, tiada sebarang jawapan ke atas rayuan tersebut.

Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang secara jelas menyelar tindakan SPR tersebut di dalam penghakimannya apabila beliau menyatakan

"The SPR has to face the truth. The 4,585 objections in List A were cases of persons having dubious identity cards or persons who had been convicted of having fake identity cards. The people who raised the objections were exercising their rights as citizens, and it is unthinkable that the SPR should shutt-off the objections in List A without public inquiry.

It is a constitutional wrong for SPR to habe rejected the objections outright. More importantly, it is wrong for SPR to allow non-citizens and disqualified persons to be on the electoral roll as voters. It appears that the certification of the electoral roll for the 1998 Likas Constituency by SPR ultra vires the Constitution and is in fact illegal." (m.s 175)

Terjemahan: SPR harus berhadapan dengan kebenaran. 4,585 bantahan pada Senarai A adalah kes yang melibatkan orang-orang yang memiliki kad pengenalan yang diragui, atau orang-orang yang telah disabitkan di Mahkamah mempunyai kad pengenalan palsu. Mereka yang membuat bantahan telah melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dan tidak dapat difikirkan SPR harus menutup pintu untuk membuat bantahan pada Senarai A tanpa perbicaraan awam.

Adalah bercanggah dengan Perlembagaan bagi SPR untuk menolak bantahan begitu sahaja. Yang lebih penting adalah satu kesilapan untuk SPR membenarkan bukan warganegara dan orang yang hilang kelayakan berada di daftar pemilih sebagai pengundi...)

Hakim tersebut juga telah menyatakan bahawa nama-nama berikut iaitu Kassim bin Ali No KP H 508335; Anwar No KP H 512235 dan Kadir Labak No KP H 0454652 telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah di Tawau di atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu namun nama-nama mereka masih berada di Daftar Pemilih 1998 di Dun Likas tanpa SPR membuang nama-nama tersebut.

Hakim Dato' Muhammad Kamil bertanya soalan kepada SPR:

"Why has the SPR failed to hold a public inquiry and have their names deleted from the Electoral Roll?" (m.s. 177)

Wahai Rashid... tak cukup lagi ke bukti-bukti di atas untuk kamu meletakkan jawatan!

Mohamed Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064