IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: Jika anda topup RM30, anda akan dapat kredit/airtime sebanyak RM30 dan tambahan data internet sebanyak 1.5 GB untuk selama 15 hari percuma. Jika anda topup RM50, anda akan dapat kredit/air time sebanyak RM50, tambahan data internet sebanyak 2.5 GB dan 100 minit panggilan percuma kesemua rangkaian., TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Belakang Stadium. (27/06/2012)


Assalamualaikum...nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Belakang Stadium. (27/06/2012)

- Kitab Penawar Bagi Hati - .. Bab : " Syukur "

Tiga prinsip syukur :

 i) Ilmu
ii) Kelakuan
iii) Pekerjaan

Barulah dapat tahu syukur itu apa ertinya.
1. Melazimi syukur dengan ilmu ialah dengan belajar,mengaji ilmu yg wajib.
2. Bersyukur dengan semua nikmat2 yang Allah berikan.
3. Syukur bukan sepenuhnya seperti zikir lepas solat,syukur itu ialah balas budi Allah..tidak salah kita berterima kasih kpd org atas sbb adab yg baik,tp hakikat datang dr Allah. Makhluk hanyalah alat utk Allah beri izin nikmat kpd kita.
4. Syukur bukan getel buoh sebeh,bukan ucap Alhamdulillah sahaja..ttp syukur ialah m'balas budi Allah.


Assalamualaikum, nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di surau flat gelong bilal (26/8/12)


Kitab Perisai Bagi Sekelian Mukallaf

1.Al quran itu diturunkan oleh Allah bmula di lauh mahfuz kpd Nabi Muhammad saw dan Allah taala bkata kata dlm Al quran tanpa kaifiat iaitu kita xleh kaji bagaimana Allah berkata kata.

2.Barangsiapa iktiqad quran itu ciptaan manusia maka menjadi kafir serta merta.Nauzubillah


3.Tidak ada syak lagi org yang kata al quran itu bukan dari Allah swt adalah org yang kafir laknatullah

4.Tujuan kita belajar sifat2 Allah,nak belaja zat Allah kita xleh dah,yang boleh belaja ialah mengenal sifat Allah

5.Siapa yg belajar mengenal Allah boleh kenal Allah dan takut kpd Allah.

6.Antara sifat Allah ialah kalam iaitu berkata kata,kita kene ade dalil utk mngatakan bahawa Allah itu berkata kata,antara dalilnya ialah dalam Al quran ade sebut Allah berkata kata,bdosa kalau kita kata dalilnya kita dgr dari org lain beritahu.

Assalamualaikum...nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Pulau Ketam. (27/08/12)

- Kitab Anak Kunci Syurga -

Bab : " zikir selepas solat "

1. Selepas salam,disunatkan zikir secara lisan atau dgn lidah,adapun juga zikir dgn qolbu,tp yg terbaik zikir selepas solat ialah mbaca subhanallah alhamdulillah allahuakbar sbyk 33 kali

2. Adapun zikir bukan semuanya dari nabi saw,ada zikir dr para sahabat,ulama,salafus soleh cuma yg terbaik ialah zikir dr Rasul

ullah saw lah.

3. Sepertimana doa juga,bukan semua dari nabi saw,ade org awam yg reka doa itu,ade ulama yg reka doa tu,tp yang terbaik ialah daripada Nabi saw,contoh pakaian yg tbaik pun adalah dari nabi saw.

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Masjid Simpang Empat Chendering. (28/08/2012)


Assalamualaikum..t,lebih dahulu admin mohon maaf kerana tak sempat siapkan sesi soal jawab kuliah diatas sebab yg tak dapat dielakkan.. 
 Kitab Munyatul Musolli..

Jika nak bertaklid sesuatu hukum biarlah dgn ilmu,bila ada ilmu ianya akan memudahkan kite,ilmu2 bukan t,letak dlm kitab saja,tetapi biarlah t,letak jugak dlm hati2 kite,ada kitab tp buat perhiasan kat dlm almari tiada gunan
ya..

Ilmu yg benar dan tidak mengarut boleh kite pelajari dgn byk sekalipun ianya adalah ilmu dunia,tetapi jika ilmu itu adalah ilmu yg mengarut,belajar sikit pun boleh jd mereng terus.
"ilmu yg benar ibarat cahaya yg disuluh ke dalam bekas,tetap masuk didalamnya tanpa terpelanting ke luar"

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Al Ikhwan, Gelong Bilal. (02/09/2012)

- Kitab Perisai Sekelian Mukallaf -

"Kalamullah"

1. Apa tujuan segelintir manusia yg mendakwa Al-Quran ditulis oleh manusia dan Al-Quran bukan Kalamullah?Tujuannya adalah kerana mereka tidak mahu beriman dan mengikut hukum dlm Al-Quran..

2. Kita wajib mengikut apa yg dibagitahu ulama pada zaman ini,pada zaman Rasulullah umat manusia ketika itu tidak mempunyai mazhab dan para ulama kerana Rasulullah ada ketika itu,sekarang Rasulullah dah tiada kat dunia,jd kita ikutlah pewaris ilmu Rasulullah iaitu para ulama..

3. Kita perlu ikut ulama kerana mereka lebih tahu dari kita,ulama dah susun dan tafsir semua hukum dari Al-Quran dan hadis,memudahkan kita utk tahu dan amal hukum hakam serta peraturan.

4. Pada zaman Rasulullah puak musyrikin dan penentang mendakwa Al-Quran telah ditulis oleh Rasulullah,tetapi puak musyrikin sendiri yg memberikan jawapannya "Muhammad mana pandai menulis!"

Assalamualaikum..Nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Pinang Merah,Paka. (3/09/2012)

 Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - 

Bab: " Panjang Umur Dalam Ketaatan "

1. Umur adalah kesempatan hidup yg ditentukan Allah Taala kepada HambaNya,jd gunakanlah umur yg ada utk tunduk patuh dan taat pada Allah.

2. Umur tidak dijual dimanapun,tak boleh disambung melainkan jika diizinkan oleh Allah.

3. Orang yg byk amal dan taat akan mendapat kerehatan di akhirat kelak.

4. Kita tak boleh berharap pada amal yg kita lakukan skrg,amal kita t'sangat lemah berbanding para sahabat dan para solehin,kita hanya boleh mengharapkan kasih sayang Allah..siapa yg berharap kasih sayang Allah maka Allah akan bg kasih sayang pdnya.

Assalamualaikum warga koleksi shortnote semua..nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Flat Bukit Kecik. (12/09/12)

 Kitab Menjawab Kemusykilan Agama -

Soalan : Bagaimana Bentuk Manusia Yang Dihidupkan Di Akhirat Nanti
1. Setiap yg beriman wajib beriktiqad dan m'percayai bahawa semua manusia akan dihidupkan kembali di akhirat nanti,Yaumul qiamah..hari akhirat bermula dari kehancuran alam hingga ke syurga neraka. Lalu Allah bangunkan manusia di hari kiamat (hari bangkit) di padang mahsyar.

2. Sesiapa yg xpercaya pada hari kiamat ialah bukan org islam,sbb percaya pada hari kiamat adalah salah satu dari rukun iman. Bila beriman kpd hari akhirat maka kita percaya kepada seluruh isi yg b'laku di hari akhirat seperti kehancuran bumi,runtuh langit dan sbgainya.

3. Sejurus selepas dihancurkan alam ini Allah bangkitkan manusia kembali untuk dihisab,mana2 yang ditanam xkira di negeri mana pun semua akan bangkit di padang mahsyar.

Assalamualaikum nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Butut Kuala Berang (Rabu:5/9/12)


kitab 40 hadis penawar hati

1. Kita mulakan membaca kitab baru di masjid ini iaitu kitab 40 hadis penawar hati.

2. Dalam kitab ini ada 2 versi iaitu rumi dan jawi,kalau nk panda jawi moleklah beli kitab jawi,blajo jawi,sbb tgk org cina,panda bahasa cina,org jepun panda baca jepun,tp kita dok panda jawi,pelik sgguh.

3. Kitab ini mahal jugak hampir mencecah RM6.jadi

belilah,xkan beli viva mampu,beli kitab pun tak mampu.

nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Banggol Peradong. (30/06/2012)


Assalamualaikum..
- Kitab Tajzibu Atrafal Hadis -
... Hadis ke-14 [ Hadis Kelebihan Selawat Keatas Nabi ]

1. Tgk kerajaan yg kaya raya tu,mesti rakyatnya dibayar dgn nilai yg tinggi oleh kerajaannya. Kita ni duduk dgn kerajaan yg baham duit rakyat sbb tu susoh.Tp bila kita kerja dgn kerajaan Allah Taala kita akan dibayar lebih tinggi lg,siapa yg selawat sekali ke atas Nabi S.A.W akan dibayar dgn 10 kebajikan,dihapuskan 10 dosa dan dapat kasih syg Allah.

2. Disebut didalam hadis yg lain bila kita berselawat Rasulullah S.A.W mendengarnya,orang yg paling patut kita cinta adalah Rasulullah.

3. Kita wajib sayang Rasulullah melebihi segala yg ada kat alam ini,siapa yg menyayangi orang lain selain Rasulullah maka rosaklah imannya.

nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Ladang. (06/04/2012)


Assalamualaikum...

- Kitab fatwa Mufti Johor -

SOALAN DARI KITAB:

Adakah sah puasa kanak-kanak yg mumayyiz?

Jawapan

1. Sah puasa dan tidak disyaratkan bg mereka tau atau tidak syarat serta rukun,yg paling penting ibadat mereka betul.

2. Begitu jugalah dgn hukum wudhuk,sama saja bg mereka yg mumayyiz.

3. Tp wajib bg mereka belajar tentang hukum hakam dan syarat sah ibadah wajib seperti solat,puasa,berwudhuk dan sebagainya.

4. Perkara yg wajib dipelajari samaada suka atau tidak tetap jugak wajib dipelajari.

Assalamualaikum...Perkongsian Nota Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid kuarters Klia,Sepang. ( Sabtu - 24/03/12 )...



Pengajian - Kitab Anak Kunci Syurga -

“ IMAN ITU.... PADA MAZHAB SYAFI’I DAN LAINYA, MENGAKU DENGAN LIDAH DAN MEMBENARKAN DENGAN HATI ”

1. Dan bahawa iman itu pada mazhab imam kita Asy-Syafi’I, Imam Malik dan Imam Ahmad Faizul bin Hanbal Rahimahullahu Ta’ala, mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota. Seperti mengucap dua khalimah syahadah, dan seperti mengi’tiqadkan dengan putus bahawa Nabi Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya, dan seperti mengejarkan sembahyang, kerana hadith Al-Bukhari yang bermaksud:

Assalamualaikum...Perkongsian Nota Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid As Syafie Tmn Maluri. (25/03/12)


- Kitab Anak Kunci Syurga -

“IMAN ITU BERTAMBAH DAN BERKURANG IA DGN KURANG TAAT”

1. Dan adalah iman itu bertambah ia dgn sbb bertambah taat dan kurang ia dgn kurang taat..

2. Iman bertambah dgn taat kpd Allah & RasulNYA..
3. Siapa yg ikut peraturan yg Allah tetapkn,dialah yg ikut peraturan agama..
4. Ada org islam yg x ikut agama..
5. Peraturan pertama membaca doa bgn tido..

Nota Kuliah Petang Majlis Berbuka Puasa bersama Ustaz Azhar Idrus ( Original )di Masjid Rhu Muda Marang 23/7/12

Assalamualaikum,


Kitab Sulam Mubtadi

Bab Puasa dan hukum2 puasa

1.Wajib puasa bg org mukmin,siyam atau saumu adalah puasa dlm bhsa arab

2.Puasa tmasuk dlm rukun islam 5 pkara tmasuk dlm pkara ijmak,sesiapa yg menafikan berpuasa dan mngatakan puasa tidak wajib maka ia menjadi kafir serta merta tanpa syak.dok ramai jenis gini dlm marang nih ade 2 3 ekor.

3.Sbb hukum puasa nih kene blajo sbb ia bkait dgn nikah kahwin,bila wali mngatakan puasa tak wajib maka pernikahan anak tak sah,wajib bertaubat serta merta.

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid As-Syakirin Gombak. (29/04/2012)


- Kitab Anak Kunci Syurga -

Bab: " Allah Taala menyuruh ia akan beberapa Rasul dengan menyampaikan perintahNya"


1- Jin dan manusia sahaja yang akan masuk neraka.

2- Satu golongan akan ke syurga dan satu golongan juga akan ke neraka.

3- Jin dan manusia adalah mukallaf (diwajibkan dengan yang halal dan haram).

4- Jin lagi hebat daripada manusia tapi manusia lagi lebih daripada jin. Hebat jin kerana kita x dapat tengok jin, tapi jin boleh tengok manusia. Lebihnya manusia kerana ada yang diutus menjadi Nabi dan Rasul dari kalangan manusia. Nabi golongan mulia, keturunan Baginda adalah mulia. Siapa yang hampir dan selalu ikut Baginda juga adalah orang yang mulia

5- Kualiti manusia yang paling mahal ialah Baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah manusia yang paling teragung pernah hidup di muka bumi Allah.

Salam...sedikit Perkongsian Nota isi Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) semalam, 26.5.12(Sabtu) di Masjid As-Salam, Puchong Perdana..


Pengajian Kitab : Anak kunci Syurga...

* “ Dan bhw Muhammad anak ‘Abdullah anak Abdul Mutthalib anak Hasyim hamba Allah Ta’ala & nabiNya dan rasul pilihanNya.. Dan ia kesudahan sekalian nabi-nabi dan sekalian rasul...

1. Hendaklah kita beriman pd rasul... bila sebut rasul, bkn seorang je..tetapi dr Nabi Adam sampai Nabi Muhammad...

2. Wajib kita tau nama nabi, nama ayah nabi dan nama datuk nabi..

3. Kalau org tanya ayah nabi nama apa..?? kita jawab, Ismail...”balik awal!”....=)

4. Kalau kita xtau nama perdana menteri Perancis, nama perdana menteri Mongolia, xdok masalah...

5. Kita xboleh bandingkan mna2 pemimpin dunia dgn Rasulullah...

Salam...ni ada sedikit Perkongsian Nota drpd Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Shah Alam smlm... Ahad (27.5.12)...



Jgn lepaskan peluang menimba ilmu ini..sbgai org Islam, menuntut ilmu agama adalah Wajib...

Pengajian Kitab : Anak Kunci Syurga..

** “ Dan bahawa nabi-nabi yg wajib kita beriman dengan tafshil 25, iaitu : Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Syu’aib, Zulkifli, Ibrahim, Ishak, Ya’qub, Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, Isa, Ilyasa’, Ismail, Yunus, Luth, Muhammad s.a.w..”

1. Wajib kite beriman pada semua Nabi.. Dari Nabi Adam sehingga Nabi kita yg terakhir iaitu Nabi Muhammad.. Dan wajib kite tahu 25orang Nabi ini..

2. Apabila org tnye, siapa nabi kite, kite jwb xtau maka berdose...x wajib hafal semua turutan nama nabi2, tp kena tahu...

3. Kalau orang tnye.. Musa tu Nabi ke tak, dan kite jawab.. "Ya, Musa itu adalah salah seorang Nabi..." kalau kite jawab mcm ni dah memadai..

4. Tak wajib kite tahu sejarah nabi lain...contohnya, ayah nabi Ayub nama apa, xwajib tahu..

5. Generasi skrg byk xtau apa2... Yahudi dan Nasara xkan duduk diam selagi islam xhancur...

note Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Banggol Peradong,K.Terengganu. (07/04/2012)


Assalamualaikum...

- Kitab Tajzibu Athraf- Al Hadith -

Sabda Rasulullah S.A.W:
" Datang dari sisi Allah Ta'ala seorang Malaikat,khabarnya.: " Siapa-siapa juga dari umatku meninggal dunia walhal tiada ia menyekutui akan Tuhannya dgn sesuatupun ialah dapat masuk Syurga,Berkata rawi : "junjungan kita Rasulullah bertanya pada Malaikat tadi: "Bagaimana kalau umatku itu mencuri atau berzina? Malaikat menjawab : "ya walaupun berzina,walaupun pencuri mesti dapat masuk Syurga ". ( Riwayat Muslim,At-Tirmizi dan An-Nasa'i)

:: Keterangan Hadis ::

1. Islam agama tauhid,tauhid lawannya syirik sebab itu iman kita disimpulkan atas kalimah tauhid "la ilahaillallah",hidup dan mati kita biarlah b'pegang pada kalimah ini.

2. Perbanyakkan menyebut kalimah "la ilahaillallah" kerana ia mendidik kita mentauhidkan Allah.

3. Tauhid ini biarlah menjadi darah daging kita,bukan sekadar menyebut saja tapi dlm kehidupan menafikan perintah Allah.

4. Umat Tauhid adalah umat yg yakin dan percaya segalanya datang dari Allah dari segi rezeki dan sebagainya.

5. Tauhid juga bukan t'letak pada pakaian yg kita pakai,bukan berapa byk kitab yg kita miliki tetapi yakin hidup mati kita hanya kerana Allah.

nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Bukit Kecil,Terengganu (11/04/2012)

Assalamualaikum..

-Kitab Kemusykilan Agama-

" Ada org yg mengatakan dunia merupakan penjara bg org yg beriman,bagaimana pendapat ini menurut pandangan yg benar menurut islam? "

1. Ini bukanlah pendapat org ramai tetapi perkataan dari Rasulullah S.A.W.

2. Jika ianya pendapat orang ramai pun jika perkataan itu betul kita boleh guna pakai.

3. Jika ianya perkataan dari Rasulullah kita wajib iktiqad ianya betul. Sesiapa yang kata tak betul maka dia lah yg tak betul sebenarnya.

4. Manusia sentiasa mahu yg lebih di atas dunia,tidak mahu dipandang rendah walaupun hakikatnya lemah segalanya.

5. Perkataan yg datang dari Rasulullah samaada perbuatan,perkataan dan sebagainya adalah wahyu dari Allah.

nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Batu Buruk,Terengganu. (12/04/2012)

Assalamualaikum..
- Kitab Hidayatul Salikin -

:: KHUSYUK ::


1. Khusyuk adalah intipati dlm solat itu sendiri,khusyuk adalah roh bagi solat.

2. Kita kena sedaya upaya utk khusyuk,bg org awam seperti kita tumpu perhatian pd solat dah dikira khusyuk..tak perlu la nk khusyuk seperti para sahabat,kita tak mampu.

3. Orang yg betul-betul khusyuk seperti para sahabat bersolat seolah-olah Allah Taala betul-betul didepan mereka,payah kita nak sampai ke tahap tu. Sesiapa yg usaha nak khusyuk maka Allah bg pahala dan sesiapa yg tidak cuba utk khusyuk maka tak dpt apa-apa.

4. Solat merupakan nikmat utk tubuh badan,bagus utk kesihatan kita..tetapi khusyuk adalah utk Allah,jd jgnlah kita solat hanya utk kesihatan.

5. Cubalah utk khusyuk sedaya upaya kita,buatlah seperti solat kita yg terakhir..dpt khusyuk 1 rakaat pun dah memadai bg kita yg lemah ini.

Short noted kuliah maghrib UAI(15/02/2011) di Surau Kubur, Dungun


Assalamualaikum ....

Kitab: MAJMUK SALASA RISAIL
Bab: Takbiratul ihram

1. Takbir dan takbiratul ihram sama sahaja dari segi lafaznya tetapi berbeza pd namanya..

2. Allahuakbar didalam solat dipanggil takbiratul ihram mana kala Allahuakbar di luar solat dipanggil takbir..

3. Takbir adalah milik org Islam,jgn sesekali marah jika org bertakbir kerana lafaz takbir ini kalimah suci dan layak dilafazkan oleh semua umat islam tidak kira yg jahil ataupun beriman.

4. Takbiratul ihram dlm solat mengharamkan segala perbuatan yg halal di luar solat..contohnya,haram b'cakap..haram makan minum dan byk lg perkara yg halal.

5. Selagi kalimah takbiratul ihram tidak selesai dilafazkn kita blh memutuskan solat,hanya makruh hukumnya.

Tajuk: Ciuman Antara Suami Isteri

Soalan:
Assalamualaikum..
Semoga Ustaz dalam keadaan sihat..
Saya ingin bertanya apakah Hukum sekiranya pasangan suami isteri bermesra dengan mencium bibir masing² iaitu mulut antara mulut.
Adakah ia dilarang disisi syarak?
Wassalam

Jawapan:

Hukum berkucup atau bercumbu mulut antara suami isteri adalah halal dan tidak ada seorang ulamak pun yang mengharamkannya cuma hendaklah dilakukan pada tempat yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.

wallahua'lam

http://www.surau.ladang.net/

Nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Pak Tuyu,Kuala Terengganu. (23/03/12)

Assalamualaikum... -Kitab Muhimmah-
Bab: "isteri kurang akal"


1. Hal didalam rumahtangga adalah "berat" kerana ianya melibatkan "orang".Nak urus org yg byk karenah,ada baik dan buruk bila ianya melibatkan "orang".

2. Dalam rumahtangga suami tidak hanya perlu jd baik je,itu saje tak cukup..byk lg sifat yg perlu ade bg seorang suami.

3. Suami perlu kuat sabar bila nak hadapi masa "kurang akal" si isteri,byk ragam yg perlu suami akan hadapi bila dah b'isteri.

Debat Sinar Harian mengenai PTPTN Part 3

DEBAT Sinar Harian mengenai PTPTN(RAFIZI VS KJ)part 2


Debat Sinar KJ-Rafizi yang bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlansung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Debat Sinar Harian mengenai PTPTN(RAFIZI VS KJ)part 1



Debat Sinar KJ-Rafizi yang bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlansung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam

Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus) ( 14/02/2012) di Surau Ladang, Kuala Terengganu


Soal Jawap Kitab Fatwa Mufti kerajaan Johor 1936-1961.

1. Makruh tanam 2 mayat dlm satu kubur
2. Kubur bermaksud lubang untuk simpan mayat
3. Duduk atas kubur tu haram tp kalu pijak kat tepi kubur x haram
4. Satu lubang untuk satu mayat sahaja, walaupun untuk suami isteri atau wasiat dari si mati
5. Dua syarat kalu si mati wasiat untuk tanam sebelah emak ke atau sapa2, pertama mestilah harus pada hukum syarak, dan tiada kubur lain di sebelah kubur yg di wasiatkan oleh si mati tu 
6. Bila mahram dan berlainan jantina umpamanya adik beradik tanam sekali hukumnya makhruh
7. Yg haram tanam sekali umpamanya bkn mahram dan berlainan jantina
8. Walaupun sebelah kubur ayah tu kubur yg sudah lama, kena cari dulu tempat yg kosong untuk tanam si ibu tadi walaupun dia wasiat untuk tanam sebelah kubur ayah
9. Kalu terpaksa iaitu darurah contohnya mati kerana penyakit berjangkit di bolehkan ditanam beramai2
10. Kalu tanam ramai dlm satu kubur yg paling depan sekali afdhanya adalah tok imam atau yg pandai agama atau ketua agama

Nota Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Pondok Taman Islam,Kemaman.

Assalamualaikum kwn2...Nota Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Pondok Taman Islam,Kemaman.. Selasa(7/2/12)....
* Kitab Perukunan *

 1. Kita Wajib iktiqad Nabi dan Rasul adalah benar...
2. Jika kita kata agama lain jgk benar, batal Aqidah kita..
3. Agama yang Allah redha adlh Islam, Islam agama y benar, Nabi & Rasul jgk adlh benar..
4. Bani Israil adalah bani yang paling pandai, keturunan Nabi Yusuf as..

5. Tetapi menentang perlantikan Nabi Muhammad saw y berketurunan Nabi Ismail as..
6. Malaikat sendiri tidak boleh campur tangan dalam perlantikan para Nabi dan Rasul..

7. Sesiapa yang mengatakan dia adalah lebih pandai dari Nabi (dari segi kecantikan, hensem, berani, bijak dll) menjadi Kafir..
8. Nabi Muhammad adlh orang y menceritakan segalanya iaitu kejadian lepas, akan datang, syurga, neraka dan benda ghaib..
9. Orang cbuk sambut maulidur Rasul, Mu sambut Hari paderi (hari Valentine), Cerdik ke Bodo???
10. Nabi Isa jgk adalah kekasih kite (Anak Tuhan dlm agama Kristian= Salah), Nabi Musa jgk adalah kekasih kite (Nabi kesayangan Yahudi)..

Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)

Assalamualaikum ... Kuliah UAI di Surau Pak Tuyu (03/02/2012)-Kitab Muhimmah Al-mawa'izd Al-Badi'ah ... Bab-(ini suatu tanbih pula) tatkala kita ketahuailah daripada segala jalan yang jadi kebiasaan atas segala orang yang berkahwin -m/s;92/93

1.cari rezeki adalah ibadah

2.ibadah umum kita tidak akan diterima sehingga selesai ibadah khusus
3.mencari rezeki dan susah mengtarbiah anak dapat pahala yg besar dlm rumah tangga

4.biar betul dulu aqidah kita baru solat diterima Allah
5.x sudah kalu kita duk dalam dunia ni pagi petang siang malam cari rezeki jer ...
6.cari rezeki yang halal jgn cari rezeki sahaja... Pepatah melayu 'rezeki jgn ditolak' kena tambah sikit"rezeki halal jgn ditolak"
7.bila niat nak cari yang halal dapat doh pahala..
8.satu suap rezeki yg halal masuk dlm mulut isteri kita sama mcm kita bagi satu sedekah kat fakir miskin
9.satu kali sedekah, balasan syurga kita
10.setengah daripada pendapatan/gaji yang kita dapat adalah untuk org lain juga, jgn tamak untuk kita seorang sahaja
11.sedarlah lah, kita sekarang ni sedang menuju ke lubang kubur .. Jadi duit banyak x guna, pahala yg banyak lebih bermakna
12.bila hidup x sempat nak derma dan sedekah, balik awal lass kita
13.bila bernama suami, ingatlah kita akan memikul tugas yg amat berat
14.Saidina Abu Bakar bila dilantik menjadi khalifah, menangis beliau pasal dia tahu, barang siapa yg dilantik menjadi pemimpin maka pisau dah berada dilehernya ..
15.semua kamu wahai suami pasti akan ditanya oleh Allah akan setiap orang yg dibawah jagaan kamu ..

Koleksi dari FB Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)-1

18 Perkara Yang Wanita Mesti Faham Tentang Lelaki
Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :
1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2.Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan sempena Kempen Anti Zina (Ambang ta...




Soalan 1:
Apakah hukum countdown newyear

Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak - Jadi Menantu UAI (1/1/2012)

Soal jawab agama bersama ustaz azhar idrus dan zizan raja lawak pada malam tahun baru 2012 di dataran merdeka shah alam. Gabungan UAI dan zizan berjaya menarik ramai anak2 muda hadir ke majlis tersebut. Di anggarkan lebih 80k yang hadir pada malam itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064