Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

PRU13 l Tazkirah ringkas dari Ustaz Azhar Idrus di hari penamaan Calon Parlimen K.T 20 April 2013

nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Batu Buruk,Terengganu. (12/04/2012)

Assalamualaikum..
- Kitab Hidayatul Salikin -

:: KHUSYUK ::


1. Khusyuk adalah intipati dlm solat itu sendiri,khusyuk adalah roh bagi solat.

2. Kita kena sedaya upaya utk khusyuk,bg org awam seperti kita tumpu perhatian pd solat dah dikira khusyuk..tak perlu la nk khusyuk seperti para sahabat,kita tak mampu.

3. Orang yg betul-betul khusyuk seperti para sahabat bersolat seolah-olah Allah Taala betul-betul didepan mereka,payah kita nak sampai ke tahap tu. Sesiapa yg usaha nak khusyuk maka Allah bg pahala dan sesiapa yg tidak cuba utk khusyuk maka tak dpt apa-apa.

4. Solat merupakan nikmat utk tubuh badan,bagus utk kesihatan kita..tetapi khusyuk adalah utk Allah,jd jgnlah kita solat hanya utk kesihatan.

5. Cubalah utk khusyuk sedaya upaya kita,buatlah seperti solat kita yg terakhir..dpt khusyuk 1 rakaat pun dah memadai bg kita yg lemah ini.



:: ADAB-ADAB IMAM ::

1. Imam jgnlah membebankan makmum kecuali solat sunat,perlu ringan utk solat fardhu utk kemudahan orang ramai..

2. Maksud ringan bukan b'maksud laju tp perlu kena pd semua perkara seperti makmum terasa mudah..kata Anas bin Malik r.a: "aku tak pernah rasa mudah ketika bersolat melainkan ketika Rasulullah menjadi imam..Rasulullah m'jd imam dgn ringan dan memudahkan makmum "

3. Dlm jemaah ada pelbagai jenis orang..yg lemah,yg tua yg ada masalah dan sebagainya. Oleh itu jgnlah menjadi imam yg panjang bacaannya dan membebankan makmum..

4. Imam yg nak baca panjang boleh la menjadi imam solat sunat atau solat sendirian.Tujuan meringankan solat juga boleh menarik golongan muda utk solat b'jamaah,boleh elakkan mereka bosan.

5. Imam jgn sesekali Takbiratul ihram sebelum iqamah,tunggu bilal iqamah dulu jgn cepat sgt. Sunat bg muazzin mengiqamahkannya dgn isyarat drpd imam.

6. Begitu juga dgn bilal jgn iqamah terus,tunggu imam suruh..dan jgn melambatkan iqamah apabila dah disuruh imam,tak perlu tggu orang jika imam bg arahan.

7. Sunat bagi imam meraikan makmum sekurang-kurang masa b'samaan empat rakaat solat selepas habis azan,lbh kurang 5 minit la.

8. Imam kena menyaringkan suara ketika Takbiratul ihram dan takbir pindah rukun,kadarnya adalah didengari oleh semua makmum.

9. Bila imam itu tidak menyaringkan suara bererti imam itu tak belajar adab m'jd imam.

10. Imam kena kuat supaya jemaah didalam dan diluar masjid yg sdg b'wuduk dgr dgn jelas imam dah mulakan solat.

11. Bagilah org yg sihat tubuh badan m'jd imam,kdg2 orang kita ni tak nak lepaskan pd orang muda yg lbh kuat dan lantang darinya m'jd imam.

12. Kata para ulama,syaitan boleh menganggu kita waktu tidur dan jaga,tidak kira masa. Paling hebat ketika kita nak solat,syaitan hanya akan b'henti mengganggu apabila kita dah bergelar mayat.

===============================


:: Soal Jawab ::


1. Hukum berkahwin lari di Thailand sedang perempuan itu masih ada bapa?

-tak sah kahwin,melainkan pihak disana maklumkan pada walinya. Jika walinya tak bg boleh adu kat pejabat agama,tak perlu lah nak kahwin lari..


2. Boleh tak merahsiakan perkahwinan tanpa bgtau kat orang ramai?

-Nabi S.A.W berkata bila seseorang itu nak kahwin buatlah kenduri walau seekor anak kambing pun,tujuannya biar orang tau..jika buat senyap blh mendatangkan fitnah..jika tak mampu buat kenduri,tangguhkan dulu tp bgtaula kat org..


3. Solat sambil geleng kepala sebab ingat akan dosa yg dilakukan,batal tak solat?

-batal solat jika melebihi 3kali berturut-turut,yg mung geleng tu bakpe!


4. Boleh tak letak gambar saya dan ulama kat dashboard kereta?

-boleh jika gambar itu mengingatkan kita pada agama.


5. Boleh tak pakaikan pampers pada mayat?

-boleh jika mayat itu keluar air tak henti2.


6. Bolehkah wanita b'sukan..contohnya seperti bola sepak,takraw dan gusti?

-boleh,yg jd haram adalah mempamerkan aurat pada umum.


7. Perlukah wanita keluar zakat emas sekali seumur hidup?

-yg wajib dizakat adalah emas yg disimpan dan cukup haulnya selama setahun.


8. Saya telah langgar kucing masa pegi kerja,saya biarkan je kucing t'sebut..rasa kasihan,dosa tak?

-kalau tak sengaja tak lah dosa walau langgar org sekalipun,kalu mung kesian ambik tanam lah kucing tu!


9. Bila ustaz br start kuliah saya tgk ade yg tadah doa,saya pun tadah la juga..doa ape tu ustaz?

-boleh je tadah doa utk dpt berkat dari ilmu.


10. Ustaz kenapa dipanggil madu bila lelaki kahwin lebih dari sorang,bukannya pahit..patutnya dipanggil "batang rajawali la"..nak tau sgt ni,ustaz mesti expert dlm hal ni?

-mu tau mane madu ni pahit?kita sebenarnya dibohongi oleh persekitaran,dari cerita tv,mentaliti masyarakat memburukkan poligami dan dipandang serong bg orang yg b'poligami!!


11. Apakah pahala belanja makan kanak-kanak sama je pahala dgn belanja makan org dewasa?

-Nabi tak sebut umur,sedekahlah walaupun pd haiwan mahu pun org kafir sekalipun.


12. Apakah hukum orang yg sgt suka rendah diri?

-tak de hal mengaku diri kurang,amalan solaful soleh..jgn rasa lebih sudoh.


13. Ada org yg dlm ceramahnya merendahkan Dr. Yusof al-Qardhawi..dia kata Dr.Yusof al-Qardhawi telah keluar dari ahli sunnah wal jamaah dan tak boleh guna fatwanya?

-Al-Qardhawi sgt dimusuhi golongan sekular,ini adalah dari perkataannya yg mengatakan sekular itu sesat. Sebab itu golongan sekular memburukkanya, pendapatnya diguna pakai seluruh dunia.


14. Apakah hukum pakai topi sudu?ada yg kata haram.

-saya cenderung pd pendapat yg mengatakan tak haram,yg haram adalah topi "capiau" yg dipakai yahudi dlm upacara keagamaan mereka..yg itu mmg haram dipakai,pakai la dgn niat nk lindung dr panas.


15. Hukum makan sampai keluar bunyi?

-makruh kalau kunyah sampai keluar bunyi.


16. Saya beli kereta t'pakai dan ada duit syiling didalamnya,perlu pulang balik tak?

-wajib pulangkan jika nilainya itu memberi manafaat..


17. Berpisah dgn isteri seminggu lalu kerana dia mintak cerai..dia bg pilihan samaada pilih dia atau ibubapa saya,jd saya pun pilih ibubapa..betul tak tindakan saya?

-bila dah masuk syaitan beginila jdnya,pilih isteri tak semestinya buang ibubapa dan begitulah sebaliknya. Beginilah perempuan,selalu kurang akal..sunat cerai isteri begini jika tiada pilihan.

Wallahualam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Jadual Kuliah Bulan MEI 2013

Jadual Kuliah Bulan MEI 2013

Ustaz Azhar Idrus-Soal Jawab-masjid taman air biru, Pasir Gudang,J.B

Loading...