IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: 1)anda topup RM50,percuma kredit RM10 DAN DATA 1.5GB, 2)topup RM30, PERCUMAD DATA 1GB UNTUK 1 BULAN, TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Bukit Kecil,Terengganu (11/04/2012)

Assalamualaikum..

-Kitab Kemusykilan Agama-

" Ada org yg mengatakan dunia merupakan penjara bg org yg beriman,bagaimana pendapat ini menurut pandangan yg benar menurut islam? "

1. Ini bukanlah pendapat org ramai tetapi perkataan dari Rasulullah S.A.W.

2. Jika ianya pendapat orang ramai pun jika perkataan itu betul kita boleh guna pakai.

3. Jika ianya perkataan dari Rasulullah kita wajib iktiqad ianya betul. Sesiapa yang kata tak betul maka dia lah yg tak betul sebenarnya.

4. Manusia sentiasa mahu yg lebih di atas dunia,tidak mahu dipandang rendah walaupun hakikatnya lemah segalanya.

5. Perkataan yg datang dari Rasulullah samaada perbuatan,perkataan dan sebagainya adalah wahyu dari Allah.


6. Al-Quran dan hadis perlu dirujuk pada pakarnya,jgn bertanya pasal Al-Quran dan hadis pada orang yg bukan ahlinya.

7. Hidup di dunia memang penjara bagi orang yg beriman,terikat dgn hukum hakam..tidak bebas utk buat sesuatu sesuka hati,maka benarlah perkataan Rasulullah ini,tunduk menyerahlah kepada Allah.

8. Kita tak kaji sejarah islam tetapi sibuk nak tahu sejarah barat,bukan salah tp dahulukan sejarah islam dan sejarah tempat kita ni dulu.

9. Peraturan dalam islam membenarkan nak buat sesuatu tapi mengawal kebebasan kita tak ubah seperti hidup dlm penjara.

10. Dalam penjara semuanya terkawal dan ada peraturan,nak makan minum..nak kerja dan segalanya dikawal,begitulah kehidupan orang yg beriman diatas dunia.

11. Orang kafir bebas buat apa saja atas dunia,mereka tiada ikatan dgn apa-apa..tp akan diazab dgn hebat kat akhirat kelak.

12. Kat atas dunia banyak perkara halal dari yg haram,tp orang yg tak beriman tetap suka pada perkara yg haram sebab merasakan tiada peraturan ke atasnya.

13. Hakikat yg sebenar bukanlah sama macam penjara sungguh,tp Nabi berkias..beginilah hidup didunia,kena terima peraturan yg telah ditetapkan. Tak boleh langgar jika tak mahu hilang Islam dalam diri.

14. Macam wanita,Allah Taala memang dah buat..lelaki ni ikut manapun memang suka pada wanita sebab itu Allah turunkan juga peraturan antara lelaki dan wanita..

15. Syurga ni datang dari bahasa melayu,dalam bahasa Arab di panggil Jannah yg bermaksud taman-taman atau kebun-kebun. Dlm hadis ada menyebut bahawa dlm Syurga ada pelbagai pokok-pokok dan tumbuhan..

16. Didalam Syurga ni macam fantasi,boleh menggamit fantasi didalamnya nak dpt Syurga genggamlah dgn kuat agama agar menang di Akhirat yakni berjaya melepasi titian Sirat.

17. Tiada seorang pun yang tak akan terlepas dari melalui Titian Sirat,wajib bagi semua manusia. Atas dunia bolehlah nak elak nak lakukan sesuatu,kat Akhirat jgn haraplah!

18. Balasan Syurga yang dikurniakan kepada orang beriman tersangat hebat,segalanya ada didalamnya. Tak tercapai dgn akal manusia kehebatannya,tempat yg sgt selamat dan tiada keburukkan didalamnya.

Wallahualam..

================================

:: Soal Jawab ::

1. Sebelum peperiksaan SPM saya b'janji dgn kawan perempuan saya nak belanja dia makan kalau dia dpt 9A dlm SPM..dan dia pun dptlah 9A lepas periksa..lepas tu saya fikir mana boleh keluar ngan perempuan bukan mahram..dosa tak kalau saya tak tunai janji saya?

-jika ianya tak mendatangkan fitnah,boleh je ajak kwn perempuan itu keluar makan. Dengan syarat dia ditemani mahram.


2. Hukum mencabut uban?

-pendapat mengatakan makruh mencabutnya.


3. Hukum main gitar waktu maghrib?

-sunat tinggalkannya.


4. Boleh tak sembelih ayam guna pisau mesin@gilette?

-syarat sembelihan adalah memutuskan urat-urat yg disyaratkan,boleh je utk haiwan yg kecil..jgn guna buat sembelih lembu sudoh!


5. Macam mana nak elak perasaan hasad dengki kat seseorang?

-Allah Taala berhak memberi nikmat kpd seseorang,jika kita dengki atas nikmat yg Allah beri pada orang mcm kita ni lebih pandai dari Allah la pulak!


6. Hukum isteri yg kematian suami bekerja dlm iddah?

-jika dia tiada sumber pendapatan boleh keluar ketika iddah wafat.


7. Tiga hari ustaz tiada kuliah,ustaz pergi mana?

-kuliah tu ada,tp bkn kat Terengganu yg pasti bkn duduk saje kat rumah..


8. Saya accident dah tak sedar selama seminggu,bkn koma tp hilang ingatan..wajib tak saya qadha blk solat yg ditinggalkan?

-jika tiada akal maka tak digelar mukallaf,maka tak wajib qadha.


9. Mcm mana nak sujud sejadah?

-ada 14 tempat dlm Al-Quran,sampai kat tempat yg ditanda dlm Al-Quran tu kita sujudlah beserta bacaan dlm sujud sejadah..hukumnya sunat tp jika imam sujud dlm solat subuh,maka makmum wajib jugak turun sujud.


10. Mengalami kesukaran utk niat ketika solat,ada tak yg mudah sikit?

-boleh niat selepas takbir bg org yg keberatan.


11. Hukum baca surah Yasin dan letakkan segelas air utk tujuan berubat?

-ianya dipuji syarak kerana sunnah Nabi S.A.W..


12. Saya kena masuk hutan,ade tak bacaan doa utk b'lindung dari perkara tak baik di dlm hutan?

-masuklah dgn bacaan Bismillah dan baca auzubillah serta doa.


13. Hukum jawab azan bukan pada waktunya?

-hanya sunat menjawabnya,nak jwb boleh..tak nak jwb duduk diam,jgn bising.


14. Bercerai dgn isteri dan tidak punyai seorang anak pun,bekas isteri pun khawin ngan lelaki lain dan dpt anak perempuan..jd bekas suami blh khawin tak ngan anak t'sebut?

-anak tiri kita la tu sampai bila-bila..haram kawin ngan anak tiri.


15. Orang yg selalu tak bgn solat subuh tp menqadhanya pada waktu petang,blh tak?

-jika sengaja malas bangun,maka haram dan b'dosa besar.


16. Mcm mana nak buat jika imam terlebih rakaat?

-tegur,jika dia tak dgr makmum blh tggu dlm tahiyyat.


17. Bergurau ngan mak,nak kawin tp tiada duit lg..jd syirik tak?

-tak jd syirik,yg jd syirik jika ragu pada rezeki lepas kawin..takut tak cukup mkn dan sbagainya.


18. Orang yg paling cepat masuk neraka berapa tahun?

-dop tau staram aku!


19. Hukum nak kawin ngan suami kakak..kakak berlainan ibu,boleh tak?

-jika adik-beradik tiri boleh bermadu,jika adik-beradik kandung tak boleh sama sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064