IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: 1)anda topup RM50,percuma kredit RM10 DAN DATA 1.5GB, 2)topup RM30, PERCUMAD DATA 1GB UNTUK 1 BULAN, TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

note Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Banggol Peradong,K.Terengganu. (07/04/2012)


Assalamualaikum...

- Kitab Tajzibu Athraf- Al Hadith -

Sabda Rasulullah S.A.W:
" Datang dari sisi Allah Ta'ala seorang Malaikat,khabarnya.: " Siapa-siapa juga dari umatku meninggal dunia walhal tiada ia menyekutui akan Tuhannya dgn sesuatupun ialah dapat masuk Syurga,Berkata rawi : "junjungan kita Rasulullah bertanya pada Malaikat tadi: "Bagaimana kalau umatku itu mencuri atau berzina? Malaikat menjawab : "ya walaupun berzina,walaupun pencuri mesti dapat masuk Syurga ". ( Riwayat Muslim,At-Tirmizi dan An-Nasa'i)

:: Keterangan Hadis ::

1. Islam agama tauhid,tauhid lawannya syirik sebab itu iman kita disimpulkan atas kalimah tauhid "la ilahaillallah",hidup dan mati kita biarlah b'pegang pada kalimah ini.

2. Perbanyakkan menyebut kalimah "la ilahaillallah" kerana ia mendidik kita mentauhidkan Allah.

3. Tauhid ini biarlah menjadi darah daging kita,bukan sekadar menyebut saja tapi dlm kehidupan menafikan perintah Allah.

4. Umat Tauhid adalah umat yg yakin dan percaya segalanya datang dari Allah dari segi rezeki dan sebagainya.

5. Tauhid juga bukan t'letak pada pakaian yg kita pakai,bukan berapa byk kitab yg kita miliki tetapi yakin hidup mati kita hanya kerana Allah.


6. Kita jgn takut jd lapar dan bimbang tentang rezeki,orang kafir pun Tuhan bagi kenyang.

7. Jagalah Tauhid kita,bimbang dengan kejahilan kita..kita telah menjadi syirik kepada Allah,tak nak jd jahil belajarlah agama..biar kita tahu apa penyebab yg menyebabkan jd syirik pd Allah.

8. Cepatnya menjadi syirik dan menjadikan kita kufur umpama anak panah yg meninggalkan busurnya,begitulah betapa cepatnya aqidah seorang yg beriman m'jd kafir..hanya dgn satu p'kataan saja.

9. Tauhidlah modal yang paling besar perlu kita miliki,tiada Tauhid maka rosaklah diri kita ni,biar ada aqidah!

10. Tiga golongan yg masuk Syurga Allah,antaranya:

i) Golongan yg masuk Syurga tanpa hisab iaitu para Nabi,kanak-kanak dan para pensyahid.
ii) Golongan yg memiliki timbangan amal melebihi dosa selepas dihisab.
iii) Golongan yg miliki lebih dosa selepas dihisab tetapi mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W.

11. Betapa besarnya jasa Rasulullah kpd kita,cintailah Rasulullah dgn mengingatinya dan berselawat ke atasnya..

12. Penzina dan pencuri yg dimaksudkan dlm hadis diatas adalah b'maksud org yg melakukan dosa besar tp oleh kerana ada Tauhid dlm dirinya maka mereka masuk Syurga,tp mu kena faham molek,jgn kata boleh pulak nk berzina dan m'curi!!

13. Orang yg ada iman walau sejahat manapun mereka pasti masuk Syurga tetapi orang kafir walau sebaik mana pun mereka Neraka jua lah tempatnya.

14. Nak selamat aqidah kena lah sentiasa b'sama ulama yg boleh m'bimbing kita,jgn b'sama dgn orang yg tak tau pasal agama.

15. Pencuri dan penzina adalah dua contoh dosa besar,tetapi jika ada iman dlm diri pasti m'dapat balasan Syurga,tp ini bkn b'makna mereka terus je ke Syurga,kena hisab dulu.

16. Diciptakan manusia itu ditahap yg paling lemah,mu banding diri mu dgn badak air sudahla..tgk kulit dia ngan kulit mu hok mane plg tebal.

17. Kita ni serba lemah tp rasa hebat!kucing boleh b'lari 65km sejam,manusia 40km sejam je boleh lari..hebat kucing dari kita,lemahnya kita..serba serbi kalah ngan haiwan.

18. Masing-masing tau dosa yg dilakukan,tak kira sesiapa pun,jgnlah mengaku baik,kita ni memang byk buat dosa..taubat dan minta ampunlah kepada Allah serta jagalah aqidah kita melebihi nyawa kita sendiri.

================================

:: Soal Jawab ::


1. Boleh campur mazhab-mazhab tak dlm ibadat?

-ulama b'kata hanya yg fakeh saja yg dibenarkan,kalau mahir dlm bab fakeh boleh nak guna mana-mana mazhab tp kalau nak ambik mudah dlm mana-mana mazhab tidak boleh.


2. Mintak ustaz terang pasal zihar..dlm internet bgtau kalau panggil isteri mama,ibu dan sebagainya dikira zihar juga?

-zihar adalah cerai yg dilakukan pd zaman jahiliyah,yg jd zihar adalah menyerupakan isteri dgn tubuh badan ibunya yg wajib ditutup..tidak jd zihar dgn panggilan t'sebut.


3. Bayi perempuan sunat/afdhal khitan usia berapa hari?

-tidak ditetapkan pd hari ke berapa,yg wajib hanyalah dikhitankan.


4. Hukum perempuan dedah aurat depan lelaki buta?

-haram juga kerana tidak mustahil orang buta boleh melihat dgn izin Allah,tp ada juga pendapat yg mengatakan makruh.


5. Ada ustaz lain kata jika upload gambar dedah aurat dlm FB hanya dpt dosa masa upload je,x dapat dosa b'terusan..betul ke?

-tak betul,selagi org tgk selagi itu lah dapat dosa.


6. Kesian tgk lipas yg sakit akibat dipijak org,kalau bunuh cepat2 bg elak dia sakit boleh tak?

-boleh,dlm kitab fekah ada mengatakan boleh sembelih kucing yg sakit teruk utk elakkannya menderita sakit..tp jgn makan pulak!


7. Ada ahli keluarga saya dibunuh,kalau tak maafkan pembunuh sampai bila-bila boleh tak?

-boleh,tak salah pun buat gitu,beginilah hidup dlm negara sekula..waris tiada hak pada pembunuh,kembalikan hukum islam dan biarkan islam tertegak dlm negara.


8. Seorang guru perempuan,telah menyanyi tiga baris lagu..berdosa tak?tak habis pun satu lagu,tak sedap pun..

-jika melunakkan suara tak boleh,tetap haram walau satu baris.


9. Wajib tak hadiri kenduri kawin yg dijemput melalui sms?

-tak wajib hadirinya.

10. Kerja sbagai penoreh getah,sering lalu dan pijak laluan babi,perlukah sertu kasut hari2?

-tak wajib jika tak ade kesan najis pada kasut.


11. Seorang lelaki telah disihir oleh seorang wanita,dan menyebabkannya b'kahwin dgn wanita t'sebut..tak lama selepas itu,lelaki itu telah berubat dan sembuh..sah tak perkahwinannya?

-perbuatan menyihir adalah haram tetapi sah perkahwinan jika cukup syarat berkahwin.


12. Takat umur berapa yg membatalkan wuduk jika b'sentuhan,tgk budak perempuan umur 5 tahun je tp rase lain mcm..kalau pegang budak t'sebut batal wuduk tak?

-tiada had umur,kalu umur 5 tahun tp susuk tubuh mcm anak dara tetap m'batalkan wuduk jika b'sentuhan.


13. Boleh tak berbuka puasa dgn mengorek hidung?takut melewatkan b'buka puasa sbb x ada makanan.

-ianya membatalkan puasa,tp sia-sia...syarat b'buka adalah b'buka dgn makanan atau minuman.


14. Kenapa kuliah ustaz kat Terengganu kurang sikit pada skrg ni?

-kuliah ada,tp bkn kat ganu..saya bg kuliah kat luar pulak,kadang2 tak sempat nok penuhi semua p'mintaan kuliah..terlalu sibuk..nok ada selalu reboh teruh saya ni!


15. Ramai wanita sekarang tidak kira fahaman politik bertudung tp pakai baju lengan pendek,knp jd begini?

-kefahaman tentang islam yg rendah dikalangan masyarakat,tak faham dgn hukum. Silap ibu bapa kerana tak mendidik anak-anak tutup aurat sejak kecil..


16. Suami isteri b'agama kristian dan si suami akhirnya memeluk islam,isteri enggan masuk islam.apa status perkahwinan mereka?

-tidak boleh lg menjadi pasangan suami isteri,tak boleh jimak isteri kafir..perkahwinan t'batal serta merta..iddah isteri sama mcm wanita islam juga,3 kali suci..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064