Kuliah Ustaz Azhar Idrus l Dataran Ilmu KB l 31 10 14

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid As-Syakirin Gombak. (29/04/2012)


- Kitab Anak Kunci Syurga -

Bab: " Allah Taala menyuruh ia akan beberapa Rasul dengan menyampaikan perintahNya"


1- Jin dan manusia sahaja yang akan masuk neraka.

2- Satu golongan akan ke syurga dan satu golongan juga akan ke neraka.

3- Jin dan manusia adalah mukallaf (diwajibkan dengan yang halal dan haram).

4- Jin lagi hebat daripada manusia tapi manusia lagi lebih daripada jin. Hebat jin kerana kita x dapat tengok jin, tapi jin boleh tengok manusia. Lebihnya manusia kerana ada yang diutus menjadi Nabi dan Rasul dari kalangan manusia. Nabi golongan mulia, keturunan Baginda adalah mulia. Siapa yang hampir dan selalu ikut Baginda juga adalah orang yang mulia

5- Kualiti manusia yang paling mahal ialah Baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah manusia yang paling teragung pernah hidup di muka bumi Allah.


6- Allah x boleh dibandingkan dengan mana-mana makhluk. Allah maha sempurna, tiada tandingan.

7- Manusia jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah, kitalah yang paling lemah dari segi fizikal. Lumba lari pun kalah dengan kucing.

8- Manusia lebih dari segi akal. Tapi akan sia-sia jika menggunakan akal x berpaksikan kepada agama Islam.

9- Semua Nabi adalah Nabi kita, Bukan Nabi Muhammad sahaja. Begitu juga dengan kitab, semua kitab adalah kitab kita.

10- Yahudi rosakkan akal kita untuk jauhkan kita dari Allah.

11- Para Nabi semuanya benar. Tiada satu pun yang berdusta, kerana para Nabi ialah wakil Allah.

12- Pemimpin paling agung ialah Nabi kita, Muhammad SAW.

13- Semua yang hidup termasuk kita, hanya tumpang berkat batang tubuh Rasulullah sahaja. Allah jadikan kejadian alam sebab nak tunjuk kepada kekasihNya, Rasulullah SAW. Kita tumpang tengok je. Jangan nok sombong gok.

- Agama paling agung ialah agama Islam
- Manusia paling agung ialah Rasulullah SAW.
- Kota raya paling agung ialah Mekah.
- Bandaraya paling agung ialah Madinah.
- Bangunan paling agung ialah Kaabah. Bukan KLCC.

14- Nabi Isa juga Nabi kita. Nabi Musa yang diagungkan oleh orang Yahudi pun Nabi kita juga.

15- Jika sains atau kata pujangga bercanggah dengan kata-kata Nabi, maka tinggalkan sains dan kata pujangga. Sebab kata-kata Nabi benar dan teragung, tiada tandingan.

16- Orang kaya bukan dikategorikan sebagai orang senang, sebab hidup mereka x tenang. Mereka x senang untuk hadirkan diri ke kuliah agama. Orang yang sebenar2 senang ialah orang yang dapat hadirkan diri ke rumah Allah menuntut ilmu agama, memperbaharui iman dan Islam.

17- Nabi adalah insan yang paling cerdik pada zaman itu. Siapa yang mengaku dirinya lagi cerdik daripada Nabi maka kafirlah dia. Laknatullah, haram tanam di tanah perkuburan Islam, kekal dalam api neraka.

18- Kalau ditanya kita ada kekasih atau tidak, jawabnya ada. Rasulullah SAW ialah kekasih kita yang paling agung. Kita wajib merindui Baginda seperti Baginda merindui kita.

19- Wajib tahu nama Nabi. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Siapa x tahu, dia x lepas lagi fardhu ain dalam mengenal tubuh Nabi.

20- Nabi Isa bukan turun sebagai Nabi terakhir. Nabi terakhir ialah Muhammad SAW.

21- Nabi Isa turun membunuh babi (mengharamkan babi, sebab dalam bible paderi mengubah hukum babi kepada halal, asalnya dalam kitab injil babi adalah haram), dan mematahkan salib (menghapuskan agama kristian yang kononnya dibawa oleh Nabi Isa, Nabi Isa akan menyatakan bahawa agama yang benar merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad iaitu Islam).


===============================


:: SOAL JAWAB ::

1) Muslimat yang uzur duduk dalam masjid untuk dengar kuliah. Boleh ke?

- X boleh, hanya boleh duduk di perkarangan walaupun ingin menuntut ilmu
Wanita afdhal solat dirumah, tapi afdhal perempuan datang ke masjid pada solat hari raya.


2) Hukum bertunang tanpa pengetahuan ibubapa

- Boleh, tapi sebelum bertunang fikir elok2.


3) Apa hukum simpan bulu dada, adakah itu sunnah Nabi?

- Bukan sunnah, nak simpan dibolehkan.


4) Seorang Imam dan Ustaz kata Ibnu Qayyim dan Ibnu Taimiyyah sesat.

-Kemungkinan beliau salah dalam berijtihad, tapi kita sebagai orang biasa jangan pertikaikan ulama’. Ulama’ ada alasan dan asbab tentang itu dan ini. Soal Ibnu Qayyim ni mungkin sebab berbeza mazhab.


5) Rumah yang dilelong oleh bank kita boleh beli x?

- Boleh kalau rumah tu tuan dia x bayar hutang
X boleh kalau tuan dia x dapat nak bayar sebab bank amalkan system riba.


6) Isteri saya anak angkat susuan, siapa mahram dia?

-Ayah, Datuk, Tokki ibu susuan
-Suami ibu susuan
-Anak ibu susuan
-Adik beradik ibu susuan
-Adik beradik suami ibu susuan


7) Mandi wajib masa bila?

Apabila hasyafah(kepala kemaluan) melepasi faraj wanita.


8) Boleh x qada solat sunat ?

- X boleh kalau saja-saja tinggal
Boleh kalau ada hal seperti meraikan tetamu dan sebagainya.


9) Apa hukum baca doa lepas iqamah seperti doa lepas azan

- Sunat


10) Apa hukum x angkat doa qunut.

- Sah solat, tapi seelok2nya meraikan perbuatan masyarakat setempat.


11) Batal tak wudu’ jika saya bersalaman dengan orang kafir, saya mengesyaki kebersihan dia.

- Allah mengangkat golongan Adam, walaupun kafir dia bukan najis. X batal.


12) Syarikat saya mempunyai saham yang banyak, boleh x saya masuk saham.

-Boleh yg tk boleh jika syarikat mewajibkan pekerja masuk saham (memaksa).


13) Boleh x solat pakai kasut?

- Boleh selagi kasut itu suci dan BERSIH. Islam mementingkan kebersihan.


14) Saya ditawarkan untuk berpoligami tapi saya musykil dengan giliran.

- Giliran untuk isteri pada sebelah malam, bukan siangnya. Apabila giliran bersama isteri, x boleh langsung ke rumah isteri lagi satu. Tapi di akhir zaman, menjadi kesukaran kepada kita kerana banyak perkara yang hendak diselesaikan, jadi minta dengan isteri supaya halalkan mana yang kurang. Tapi janganlah sengaja.


15) Boleh x isteri keluar rumah tanpa bersyarat

- Xboleh
Syarat pertama : dengan izin suami
Syarat kedua : patuh hukum syarak. Contoh x tutup aurat. Walaupun dengan keizinan suami tetapi kalau x tutup aurat. Haram wanita itu keluar dari rumah.


16) Didik anak yang sudah dewasa untuk bangun pagi.

- Sebab tu kena didik dari kecil lagi.


17) Apa hukum lelaki suka kenyit mata kat perempuan.

- Harus jika lelaki itu sakit mata
- Haram jika sampai menimbulkan syahwat.


18) Cerai dengan sms atau FB, sah ke?

- Xsah jika tidak berlafaz semasa bersms atau berfacebooking. Kena ada lafaz juga untuk lelaki normal.
Sah untuk lelaki bisu.


19) Saya duda, susah la nak cari bini. Buleh x ustaz tolong cari.

- Xboleh, sebab taste kita xsama. Kena cari sendiri ikut taste masing-masing.


20) Isteri bekerjaya xcukup masa untuk rumahtangga.

- Memang xcukup la. Tanya suami dulu, dia yang paling penting, jika dia xterasa dan faham dengan tugas kita, boleh teruskan bekerja.


21) Apakah ciri-ciri yang layak untuk menjadi pemimpin masjid?

- Bukan pemimpin masjid sahaja, semua pemimpin termasuk pemimpin Negara :

i. Beriman
ii. Beramal soleh
iii. Akhlak yang terpuji
iv. Ada ilmu dalam mengendalikan amanah


22) Berebut jadi Ahli Jawatan Kuasa

-Tanda gila kuasa. Sepatutnya takut nak pegang jawatan kerana ia boleh mengheret kita ke neraka jika kita x menjadi pemimpin yang adil.


23) Isteri x rela suami berpoligami, adakah berdosa.

- X berdosa sebab itu lumrah. Sebaiknya bersabar. Berdosa jika salahkan hukum dibenarkan berpoligami.


24) Ada ke dalil payung emas?

- X ada, yang ada isteri dijanjikan syurga jika merelakan suami berpoligami, sebab suami kasih pada isteri yang merelakan suami berpoligami.


25) Kenapa pandangan ustaz dan ustazah x up to date?

- Silap tu, sepatutnya ustaz kena berketrampilan dan moden lagi canggih. Sebab Islam adalah agama yang paling hebat.


26) Jin kafir masuk Islam, kena laknat lagi ke?

- Hilang laknat jika masuk Islam


27) Kenapa ustaz x pakai serban?

- insyaAllah dalam majlis tertentu, dalam kuliah memang x pakai.


28) Boleh ke sembelih sambil berdiri?

- Boleh, sembelih ada 3 kategori

i. Sembelih dengan memotong urat merih dan halkum
ii. Ditikam dengan tajam
iii. Digigit anjing buruan


29) Kita tahan kentut dalam solat, batal x solat?

- Xbatal, harus bila rasa sedikit. Makruh bila mengganggu khusyuk solat.


30) Nak buat umrah untuk orang lain, kena minta izin waris dulu ke?

- Ya


31) Apa hukum x mengundi.

- Harus jika kedua-dua calon bagus.
- Haram jika sebab kita x mengundi menyebabkan Islam jatuh di kawasan tersebut.


32) Cer bagi tips nok suruh bini takut ke saya.

- Bukan mung sorang ada masalah ni.

1 comment:

Anonymous said...

ceramah ustaz adalah pilihan anak muda.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064