IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: 1)anda topup RM50,percuma kredit RM10 DAN DATA 1.5GB, 2)topup RM30, PERCUMAD DATA 1GB UNTUK 1 BULAN, TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

Assalamualaikum...Perkongsian Nota Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid kuarters Klia,Sepang. ( Sabtu - 24/03/12 )...



Pengajian - Kitab Anak Kunci Syurga -

“ IMAN ITU.... PADA MAZHAB SYAFI’I DAN LAINYA, MENGAKU DENGAN LIDAH DAN MEMBENARKAN DENGAN HATI ”

1. Dan bahawa iman itu pada mazhab imam kita Asy-Syafi’I, Imam Malik dan Imam Ahmad Faizul bin Hanbal Rahimahullahu Ta’ala, mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota. Seperti mengucap dua khalimah syahadah, dan seperti mengi’tiqadkan dengan putus bahawa Nabi Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya, dan seperti mengejarkan sembahyang, kerana hadith Al-Bukhari yang bermaksud:


Ertinya: Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Adakah mengetahui kamu apa iman dengan Allah ketunggalanNya?”

Bersembah mereka itu: “Allah Ta’ala dan PesuruhNya jua yang lebih mengetahui.” Bersabda ia “Bersaksi, bahawa tiada yang disembah dengan sebenar melainkan Allah Ta’ala, dan bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah Ta’ala.”

2. Maksud Rahimahullah ialah mudah-mudahan Allah berikn ksh sygNYA kpd mereka..

3. Sunat kita ucapkan Rahimahullah spt mane bile kite dgr nama Nabi Muhammad sunat kite ucapkn s.a.w..

Nama sbnr imam 4 :
-Imam Syafie-Muhammad bin Idris
-Imam Malik-Malik bin Anas
-Imam Hambali-Ahmad bin Hambal
-Iman Hanafi-Nukman bin Sabit

4. Imam Syafie mengaji dgn imam malik ketika masih kecil.Dari Mekkah Imam Syafie mengembara mengaji ilmu agama dgn Imam Malik di Madinah.

5. Ibu Imam Syafie m’halau Imam Syafie semata-mata ingin anaknya itu mengaji agama dgn tokoh ulama bsr ketika itu iaitu Imam Malik.

6. Pernah suatu ketika Imam Syafie blk utk m’jguk ibunya krn rindu akn ibunya itu..Smpai di rumah ibunya m’halau Imam Syafie krn Imam Syafie belum khatam mengaji dgn Imam Malik.. Hebatnya ibu Imam Syafie..

7. Ibu bapa skrg kebanyakkan lalai utk mendidik/tarbiah ank2 mereka dgn ilmu islam..

8. Berkata Imam Hambali dlm 1 hadis “akan ada seorg quraisy yg ilmunya memenuhi segenap pelusuk bumi.

9. Berkata Imam hambali hadis ini merujuk kpd Imam Syafie.. Lelaki quraisy yg dimaksudkn dlm hadis ini ialah Imam Syafie krn Imam Hambali,Malik & Hanafi bkn dr keturunan quraisy / tok syed..

10. Semasa wafat,jenazah Imam Syafie disembahyangkn oleh 80 ribu org..

11. Sabda Nabi s.a.w “jenazah yg disolatkn oleh 40 org,InsyaAllah doanya diterima oleh Allah s.w.t..

12. Imam Hambali adalah murid kpd Imam Syafie..

13. Nama Imam2 masih diingati dan diikuti ilmunya krn mereka ini ikhlas menyampaikn agama Allah s.w.t..

14. Janji Rasulullah s.a.w siapa yg merendahkn dirinya, Allah akn mengangkat darjatnya.. Siapa yg takabur, Allah pasti merendahkannya..

15. Ambik sikap / sifat ulama dulu yg tawaduk.. Biar kita rasa kita yg plg teruk agar dgn perasaan itu kita akan cube utk trus m’perbaiki diri kita.. Allah suka pd hambaNYA yg sentiasa m’perbaiki diri kearah kebaikan..

16. Contoh mengucap kalimah syahadah.. Hati yakin dgn kesemua rukun.. Kemudian menzahirkn dgn mengerjakan suruhan Allah. Inilah imam yg sbnrnya..

17. Iman ada 2.. Iman disisi Allah dan Iman disisi manusia..

18. Siapa yg mengucap 2 kalimah syahadah tetapi hati x percaya maka dia islam disisi manusia. Tanam di kubur islam tetapi akhirat di dlm neraka krn dia x beriman kpd Allah..

19. Org kafir yg dibukakn pintu hidayah, yakin dgn Allah & beriman dgn Allah ,x smpt nk mengucap kalimah syahadah krn mati ketika dlm perjalanan ke pejabat agama utk mengucap kalimah syahadah di tanam di kubur bkn islam tetapi disisi Allah dia sudah beriman..

20. Dlm al-quran Allah berfirman..
Ertinya..: “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman kelak kamu akan disambar oleh api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain dari Allah kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan”.Qs Hud

21. Ertinya : “(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang..” Qs Al Maa’uun 107:4

22. Org ini solat krn makhluk bkn krn Allah Taala..

23. Kalimah yg m’himpunkn segala yg ada pd alam ini dlm 1 kalimah iaitu La illah ila allah ..

24. Sabda Rasulullah s.a.w : “Kalimah yg plg baik aku sebut & Nabi2 lain sebut La illah ila allah
-Maka kata Imam Nawawi & Imam2 yg lain zikir La illah ila allah zikir yg plg tggi martabatnya..

25. Syaitan byk tipu helahnya.. Jika syaitan x dpt m’hasut manusia tgglkn amalan kebaikan, syaitan akn m’ganggu ketika solat & amalan2 lain agar rosak amalan yg kita lakukn..

26. Dan kerana firman Allah Ta’ala yang bermaksud..
Ertinya: “Dan tiada Allah Ta’ala menghendaki akan mensia-siakan akan sembahyang kamu menghadap ke Baitul Maqdis, bahkan member pahala ia akan kamu atasnya..” (Surah Al-Baqarah: Ayat 143)

27. Sbb tu kite kene usaha utk jd org baik dlm kehidupan kita.

28. Kalo dunia kite bleh update dr pakai moto smpai bleh beli kete,agama jgk kite kene tingkatkn agar kite menjadi hamba Allah yg beriman..

29. Dalam hadis yang lain, sabda Nabi s.a.w, [Mafhumnya) Abu Dzarr r.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka..”

Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Ma’ruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah..”

Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)

30. Allah sesekali x akan mensiakn hambaNYA yg beriman kpdNYA..

31. Semua amalan yg kita lakukan pasti mendapat balasan dr Allah..

32. Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim ) Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

33. Org yg mati di dlm kubur spt org yg lemas di lautan menunggu doa ank2 yg masih hidup.. Org yg dh mati sudah terputus amalannya melainkn apa yg telah dia kerjakan..

34. Doa ank soleh adalah modal yg plg berharga yg m’doakn si mati..

35. Islam agama yg sempurna..
________________________________________

<< Soalan >>

1. Isteri x bleh lahirkn ank krn ada masalah.. Isteri m’beri keizinan kpd suami utk poligami.. Tetapi gaji suami x memenuhi syarat otk b’poligami & isteri x rela diceraikn.. Isteri x kisah suami kawin sbb isteri ade pndptn die..
- Boleh runding dgn mahkamah syariah krn peraturan manusia bkn mutlak..

2. Sy beli kete second hand.. Tuan asl org kapir.. Tkt tuan kete prnh bwk anjing.. Adakah kene bsuh dgn air tanah..?
- x wajib bsuh kalo x nmpk najis anjing dlm kete tersebut..

3 .Hukum keluar umah tanpa izin suami.Masalah dh 1 thn suami m’hilangkn diri..
- Tidak perlu mntk izin suami spt ini.. Meninggalkn isteri tanpa sbb adalah dikira derhaka kpd Allah.. Suami yg tgglkn isteri tanpa nafkah & sbb amalan ibadahnya x diterima Allah..

4. Mcm mane nk minta cerai jika suami dh 1 thn menghilang?
- Kene wakilkn qadi yg menceraikan krn isteri x ade kuasa cerai.Minta fasakh melalui pjbt agama..

5 .Boleh x solat tahajud secara berjemaah?
- Boleh.Yg plg afdhal bt tahajud seorg diri tanpa pengetahuan org lain..

6. Individu tutup jln sblh umah.Apakah hokum menutup jln tersebut?
- Jika tanah dia tp dh lama digunakn oleh org awam sbg jln utama dimana tiada jln alternative lain berdosa krn org awam yg gunakan tanah itu dulu..

7. Ketika rakaat terakhir,2 org dtg m’jd makmum.Slps salam,seorg drpd 2 org itu berundur ke blkg & m’jdkn kwnnya sbg imam.Tujuan utk m’dpt pahala penuh solat berjemaah.Boleh atau tidak?
- Boleh..

8. Semasa kursus kawin,ada penceramah yg kata kalo mu x tahan sgt,mu buke puasa bru mu jamak bini mu..Baru x kene kafarah..
- Dlm mazhab syafie siapa yg x berpuasa x dikenekn kafarah tetapi perbuatannya dilaknat oleh Allah..

9. Apakah alasan gastrik boleh dikecualikn dr berpuasa dgn hanya m’byr kafarah..
- Boleh.tgk keadaan sakit krn mu yg jd hakim bg keadaan tersebut..

10. Boleh ke org puang m’jd makmum dgn solat sblh kanan imam.Bagaimana makmum puang nk tegur imam yg tersalah semasa solat?
- Bkn solat sblh kanan imam..Solat blkg imam..Cara tgur imam bkn mahram dgn menepuk tgn.Jika mahramnya boleh menyebut Subhanallah..

11. Hukum jual kucing & buke kedai alat muzik..
- Ada perbezaan pndpt..Ada qaul yg mengatakan harus dgn syarat kucing tersebut dibeli utk dipelihara.. Haram jika tujuan utk sembelih kucing itu utk dimakan.. Sebaiknya x payah buke kdai alat muzik krn tkt melalaikn org.. Jika nk buke jgk kene pesan pd pembeli agar jgn smpai melalaiknnya sehingga lupa pd perintah Allah..

12. Hukum guna umpan hidup utk memancing..
- Boleh jika tidak menyeksa haiwan tersebut.Berdosa jika smpai menyeksa haiwan tersebut..

13. Apakah wajib ank jelaskn hutang ayah yg telah meninggal?
- Tidak wajib.Hanya sunat jika si ayah tidak meninggalkn harta..Jika ada harta si mati,wajib dijelaskn hutang tersebut..

14. Satu jenazah telah ditanam.Adakah boleh kita solat di atas kubrnya?
- Boleh disolat.Yg haramnya slps siap di kafan,jemaah menanam mayat tersebut dulu bru disolatkn mayat itu..

15. Karpet sy jemur kene najis anjing.Sy hanya bsuh karpet tanpa bsuh dgn air tanah.Adakah bila sy pijak karpet itu,kaki sy pelu di sertu?
- Mula2 kene pastikn najis itu ekat pd karpet atau x..Kalo melekat,kene bsuh dgn air tanah & dibilas dgn 6 bilasan air mutlak.Kalo karpet x bleh angkat kene jiruskn jgk dgn air tanah.

16. Kita jd makmum ikut imam yg bisu.Sah atau tidak?
- Sah jd makmum jika kita solat bersama.Jika tertinggal rakaat,wajib solat blk krn die x tanggung Fatihah pd rakaat yg kite tggl..

17. Rambut seorg wanita gugur.Adakah dikira aurat rambut tersebut?
- Rambut yg gugur tidak dikira aurat..Tidak berdosa..Yg berdosa ialah memperlihatkn rambut yg ade pd kepala utk ditonton oleh lelaki yg bkn mahramnya..

18. Hukum berniaga pakaian yg tidak tutup aurat..
- Yg haramnya jika pakaian tersebut itk digayakn di khalayak ramai..

19. Hukum tggu kubur..
- Jika utk maslahat org ramai boleh.. Contohnya tkt batu nisan di curi..

20. Blaja bab muamalat wajib ke?
- Muamalat ni berkaitan jual beli,gadai,pinjam..Jika nk buke kdai nk berniaga wajib blaja fardhu ain bab jual beli.Dok wajib blaja bab zakat jika perniagaan kecil..

21. Sy ada seorg kwn yg nk berkahwin dgn seorg wanita solehah.Tp ibu bapa lelaki tersebut tidak setuju atas kepentingan peribadi.Apakah hokum jika lelaki tersebut meneruskn niat bernikah dh wanita itu..
- Yg perlu wali ialah wanita.Pengantin wanita kalo nk kawin kene ade wali.Pengatin lelaki lebih dr boleh lhs bb dia x perlukn wali utk kawin.Restu bkn syarat sah kawin..

22. Apakah yg dimaksudkn dgn gmbr hidup yg haram dlm islam.Adakah lukisan kartun jgk dikira haram?
- Sepakat pndpt mengatakan patung perhiasan haram.Jika permainan kanak2 dibenarkn syarak.Jumhur ulama mengatakn gmbr hidup x boleh gantung dlm rumah..
- Jika lukisan itu sekadar utk mengajar ank2 contoh dia lukiskn ayam utk huruf A dibenarkn syarak..
- Lukisan yg haram ialah lukisan lucah,yg tidak menutup aurat,lukisan yg syirik,gmbr berhala,lukis gmbr org utk dipuja..

23. Sy prnh dgr sblm ni org puang yg berstatus janda yg nk kawin lg x memerlukan wali..
- Bkn x perlu wali.Cuma janda lebih kuasa dr wali.Jika ayah die sruh kawin tetapi die x nk,x bleh ayah die paksa janda itu.Jika paksa jgk perkahwinan itu x sah.Jika anak dara,ayahnya carikn jodoh sah nikah walaupn anaknya x setuju..

24. Seorg isteri x layak terima mutaah selama mana dia belum berkhidmat utk suaminya.Apakah khidmat dlm ayat ini.Sekiranya die kawin 3 thn tp x prnh disentuh suami tetapi die menjalankn tggjwb lain.Wajib ke suami member mutaah kpd isteri tersebut sdgkn isteri dh trime mas kawin masa akad nikah?
- Dlm mazhab syafie wajib diberikn mutaah kpd isteri yg diceraikn suami dgn syarat bkn isteri yg minta cerai dan penceraian bkn disebabkn oleh kesalahan isteri.Mutaah bkn bayaran nafkah 3 kali suci..Mutaah ialah bayaran kerugian kehilangan suami..

25. Skrg byk video pengajaran berkaitan agama di internet tetapi biasanya penerbit melarang dr dicetak video tersebut..mcm mana tu ustaz..
- Yg dilarang adalah upload keseluruhan vcd.Jika klip yg dipotong x jd masalah sbb utk member ilmu kpd org ramai bkn utk di niagakn..Yg haram kita cetak vcd tersebut dgn tujuan utk maraih keuntungan dgn menjual vcd tersebut..Ibadah org mcm ni x diterima..

26. Ada yg mengatakn waktu ambik wuduk x bleh angkat tapak tgn krn air itu akn jd air musta'mal.Mcm mane nk sapu jggut yg pnjg?
- Ini adalah qaul muktamad dlm mazhab syafie.Kita sbg org awam bleh taklik kpd qaul dhoif.Benda ni adalah perkara khilaf..

27. Dlm kitab feqah sy bace wajib ratakn air dr hujung rambut smpai hujung dagu.Telinga kiri & kanan.Bagaimana plak ngn side burn yg pnjg.Biasanya org puang alihkn side burn die ketika mengambil wuduk..
- Apa yg ade pd muka wajib kene ratakn air.Side burn dikira dlm sempadan muka.Maka wajib smpai air pdnya walau pnjg..

p/s: admin pon tgh blajar gop..klu ade apa2 kesilapan sila betulkan...sama2 kita belajar n berkongsi ilmu kerana Allah taala.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064