IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: 1)anda topup RM50,percuma kredit RM10 DAN DATA 1.5GB, 2)topup RM30, PERCUMAD DATA 1GB UNTUK 1 BULAN, TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

Assalamualaikum nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid Butut Kuala Berang (Rabu:5/9/12)


kitab 40 hadis penawar hati

1. Kita mulakan membaca kitab baru di masjid ini iaitu kitab 40 hadis penawar hati.

2. Dalam kitab ini ada 2 versi iaitu rumi dan jawi,kalau nk panda jawi moleklah beli kitab jawi,blajo jawi,sbb tgk org cina,panda bahasa cina,org jepun panda baca jepun,tp kita dok panda jawi,pelik sgguh.

3. Kitab ini mahal jugak hampir mencecah RM6.jadi

belilah,xkan beli viva mampu,beli kitab pun tak mampu.

Muqaddimah

1. Muqaddimah ni bhasa arab,bahasa melayunya pendahuluan,kita baca dulu apa yg ditulis oleh pengarang krn tajuk kitab ini hadis bkenaan dgn hati,pasa ngaji kitab ini bkn nk suruh ngaji abis,cuma nk jawab nanti lah samada kita nih g dgr ke tak?itu je

2. Hati ni adalah jiwa tulah,nafsu tulah,akal tulah,kalau nk rungkai tentang hati hanya Allah sahaja yg tahu.cuma kalau kata hati ianya adalah barang batin,dalam diri kita.nak tunjuk kat mana hati kita pun tak tahu,hati ini juga tempat Allah tilik dan pandang kita,bkn lihat luaran dan rupa paras sahaja.jadi yang lebih penting ialah yang dalam lah,sbb Allah nk tengok yang itu.

3. Jangan sampai luaran cantik tp dalam hati kotor,penuh hasad dengki,hati tak ingat kepada Allah,itulah hati yg busuk,sbb itulah jgn riak dan syirik dalam beribadah,semua krn Allah bkn krn manusia

4. Imam ghazali tulis 4 pkara kalau nk g belajar ilmu agama
- niat kerana Allah
- nk keluar dr kejahilan
- dan taat perintah Allah dan rasul
- nak ambil manfaat kepada dirinya sendiri

5. Iman ini terletak dalam hati,kalau kita nk jawab sesuatu,hati dulu yang ajar lidah kita,lepastu baru boleh keluar di mulut,maka 2 pkara yang wajib kpd kita ialah beriman dan beramal.

6. Iman mesti no 1,bila iman tiada tapi amal ada umpama kita buat rumah atas angin,akhirnya hancur luluh.orang yang tak mahu masuk neraka mesti kene beriman dan beramal.

7. Ni org ngajor tauhid dok mari jgk,ngajo feqoh dok mari,org nk betul iman dia,namat baru mari,lek lek mcm natang,ce tgk lembu,kalau org ngajo kitab pun xmari,kalu ade makan bru dia makan etek.sedangkan lembu kambing ayam itik hatinya nak makan minum sahaja,maka org2 yg xherau ilmu di masjid surau sama sperti natang lembu,natang kambing,natang ayam.base muka dok malu

8. Kalau pkara yang mbatalkan wuduk mbatalkan haji,mbatalkan jual beli tahu sangat,tapi bab membatalkan iman yg ade kire kire 300 lebih pun tak mahu mari belaja,sbb tu jadi jahil sampai ke lubang kubur.

9. Umat yang kurang hajar,Allah beri bernafas beri makan beri senang beri sehat tp bila orang mengajar ilmu fardhu ain di masjid surau tak pergi,umur dah tua tp masih bodoh dalam bab agama,bila tua dok reti bende pasal dok cakna,itulah org yang biadap pada Allah.

10. Maka hati kita lah tempat bganjak bagi iman kita,barang barang dunia malaikat tak tanya,manusia itu bila meninggal dunia org akan tanya apa harta dia tggal,kalau malaikat pula mereka btanya apa amalan si mati bawa?

11. Kita kalau nk pergi bandar KT pun xsanggup jika tak dak duit,walhal boleh pergi je jalan kaki,tp kita dah tahu bila sampai akhirat xleh balik dah,tp kenapa xbawak bekal?

12. Kita turun gelap balik gelap,turun gelap balik gelap,lebih pada lembu,cari harta punya pasal,kita nih jenis g dengor pun mati jgk,kalau dok layan ilmu agama pun mati jugak,jadi ingat lah soalan yang ditanya diakhirat kelak,boleh jawab ke tak kita nie?Allahurobbi.

13. Di alam kubur kalau tak boleh jawab soalan mungkar nakir maka kene katok dengan tongkat besi,tongkat besi itu kalau letak atas bukit maka hancur leburlah bukit itu.

14. Kita semua nih keturunan nabi dah,bani adam,anak cucu adam,sejarah toknyang kita kene tahu nih,nih belajar sejarah sahaja di sekolah,sejarah islam kita tak mahu belajar,belajarlah bagaimana terjadinya tok nyang kita nabi adam s.a

15. Sebelum diciptanya adam,bumi telah sedia ada,malaikat turun ke bumi utk amik tanah tanah di setiap benua dan Allah menciptakan kita dari tanah,sebab tuh warna kulit kita berbeza ikut benua benua krn tanah tak sama di bumi.

16. Kita dijadikan pula dengan sulbi,air mani,air yang hina,habis tuh kenapa masih sombong,masih sggup nak lawan Allah?hebat kat mana mung nih nak lawan hukum Allah?org azan tak mahu datang masjid,org mngajar tak mahu datang.kalau dapat jemputan kenduri abis anak beranak pergi,johor,perlis,abis tempat gi.kalau Allah pggil di masjid suruh solat,suruh belajar ilmu agama tak g pun,jahak melebihi org dayak lagi.

17. Bila nya boleh pergi ke masjid?asyik busy aje,bila mapuh masuk dalam keranda barulah wak mari sejid,solat jenazah,walhal tak wajib pun solat jenazah di masjid,solat jenazah di tempat selalu die pergi lah,kedai kopi,tapak projek,kalau jenis main bola sokmo smpai lupa masjid,solat dkt tiang gol.padan la dgn dia tuh.

18. Bila bekas hati kita sendiri yang kita kotorkan dengan dosa,wajiblah kita mohon bertaubat kepada Allah krn hati kita sbenarnya tmpt kebenaran,tmpt hakikat,jadi jika masih lagi xpaham amal akhirat,yg pentingkan hiburan smpai jahil agama,sian ke dia,moga Allah permudah hatinya agar amik cakna hal agama.

19. Kita nih nk bersedekah pun kedekut,pahtu berangan nk masuk syurga firdaus,manis mucung sungguh,bidadari mana lah nok ke mung tuh.doksoh berangan lah kalau jenis kedekut pahit,nk menderma pun susah.nk bg pinjam motor pun kedekut,lepas tu suruh org yg pinjam moto isi minyak,apa salahnya kalau kita sedekah myk moto bg kat dia guna.dapat pahala.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soal Jawab

1. Apa hukum bekawan dgn makhluk halus sperti hantu raya nk suruh laku kedai?

- ini adalah syirik,menduakan Allah.haram buat begini,dosa besar tidak diampun oleh Allah jika tak bertaubat.yang bolehnya berkawan dgn jin islam atas hukum makhruh menurut stgh pandangan ulama'.

2. Apakah hukum jual ayam kg kpd org cina?

- xdak masalah, jual ayam bandar pun takpe,yang tak boleh nya jual binatang yg haram dimakan kpd org kafir.

3. Boleh ke g makan di kedai org yang fasiq,main no ekor,dan jrg solat.?

- inilah bahana umat melayu,jadi bjudi nih dosa besar,jadi kalu bab ini tidak haram kita pergi makan kedai dia,cuma kalau ade kedai org yg solat,xbjudi,sunat dan afdhol kita g kat kedai dia lagi.

4. Golongan mana xdibenar minum air telaga khauthar di akhirat nanti?

- dalam kitab muwatta' krgan imam malik r.a,nabi saw bkata ' ada umat yang ade bekas ambil wudu pada jasad mereka' nabi ajak minum telaga ini,tp ad golongan satu lagi,yang jugak ade bekas ambil wudu' di badannya lalu nabi saw pggil juga tp diberitahu malaikat bhwa golongan ini tidak boleh minum,nabi btanya kenapa,jwb malaikat kerana lepas nabi wafat golongan ini solat jgk tp engkar perintah Allah,meninggalkan hukum al quran dan tidak taat kpd Allah 100% jadi nabi pun kata,'pergi dari sini,berambus,berambus'.

5. Apa hukum sy makan daging binatang saya bela yang makan rumput org lain?

- kita bdosa sbb xcakna dan perbuatan kita haram pada syara' tp jika kita makan dagingnya maka tidak mengapa,bkn menjadi haram dagingnya cuma perbuatan kita mbiarkan binatang itu mkn rumput org tu yg haram

6. Apakah status tunang dlm keluarga mengenai batasan aurat dalam keluarga kita?

- tunang ni xdok kaitan,ia xmasuk dlm aurat keluarga,kene menikah dulu bru ade kaitan aurat batasan dan sbgainya.

7. Apa hukum jual rokok?

- kebanyakan kata haram dan stgh kata makhruh

8. Apa hukum pakai cincin suasa bg lelaki?

- dalam kitab fatwa kita dgr mengatakan haram,dalam kitab syarah muslim mengatakan jika emas campur dgn bnde lain haram jugak,molek lebur semula lah suasa tuh,pakailah hok sunnah nabi iaitu cincin perak

9. Antara makan kenduri dgn janji bersih yg mana kene pergi dulu?

- maka yg tsebut dalam nas itulah kene pergi,iaitu kenduri kawen,sesiapa yg dijemput kenduri kene pergi,yg janji bersih itu hanyalah ijtihad para ulama.

10. Saya keluarga moden,mak ayah benar tunang sy bermalam dirumah,kami sekeluarga suka dia,boleh ke?

- haram buat pkara diatas krn ia menimbulkan fitnah,jgn melampau lampau dlm satu phubungan yg tidak sah.

11. Apakah hukum bsalam dgn perempuan bukan mahram dgn blapik?

- jika xdok kemudharatan,haram jugak kita bsalam dgnnya.

12. Betul ke syiah sperti di syiria ni merbahaya?

- jika kita lihat di bumi anbiya iaitu negara syiria,dulu kita tak tahu asal kejadian tsebut,jadi skrg Allah nk tunjuk betapa jahatnya pemimpin syiria,akhirnya Allah buka rahsia,rupanya pemimpin ini sgt jahat yg mengaku sebgai tuhan seperti firaun,syiah yang kafir,maka Allah bangkitkan islam di syiria,dan rakyatnya menentang dan bangun melawan pemimpin nya,pejuang islam disyiria telah difatwakan dikalangan ulama' tsohor sebagai syahid jika terkorban dlm perjuangan menentang rejim basyar.

13. Apa hukum menunjuk nunjuk cthnya dia ada emas banyak,mengatakan anak dia serba molek?

- jangan nok baloh lah kita nih,semua kita nih disayangi Allah,kalau nk baloh bulih,biarlah kerana agama,kalau setakat hal dunia ini doksoh deki lah,doksoh layan lah,dok luok pun kita nih,nak benci ke orang pun biarlah kerana Allah,jgn benci kerana nafsu,hasad dengki dan harta.jangan nk menunjuk nunjuk lah,mati nanti kita tinggal belaka,nk cari harta boleh tp biarlah jalan halal dan tidak sombong dgn rumah Allah.

14. Apakah nikah khitbah,brapa lama masa sesuai utk kenduri?

- kenduri ini sunat dikenakan keatas pengantin lelaki sahaja,tp harus jugak utk buat kenduri pada pihak perempuan,nikah khitbah pula ialah melambatkan berlakunya tamkin iaitu,tempoh masa utk isteri bsama suami,jika sudah berlaku tamkin,semasa itulah baru wajib suami menanggung nafakah.nikohlah orang muda,sbb kita nih mcm pokok jgk,kalu duduk sorg dok jadi.

15. Aritu saya ada baca buku,dikata dilarang wanita cabut bulu ari ari,kalau cabut jugak mcmana?

- perintah ttg bulu bulu badan nih ad yg suruh,ada yang larang,ade yg tidak disebut,jadi kalau rambut sunat cukur jika baik utk kepala,kening pula haram cukur,bulu mata tidak disebut,pahtu misai pula harus,jggut pula kata jumhur ulama haram cukur,bulu dada pula makhruh cukur,kalau niat nk cukur licin mcm perempuan maka haram,kalau bulu kemaluan pula maka sunat dicukur,maka cukur dgn gunting dan pisau,kalau cabut retuh hukumnya makhruh sbb boleh melukakan,kalau bakar maka haram hukumnya.


Wallahua'lam,sama sama kita pakat kongsikan nota ini agar lebih ramai yang dapat manfaat bersama.InsyaAllah.

3 comments:

Yanie Kader said...

as salammualaikum ustaz... saya seorang hamba Allah dari Kedah. Saya nih agak jahil dalam agama. Saya mahu dirikan solat taubat. Bila saya, cuba cari caranya di internet dan buku-buku. Surah yang diberikan agak panjang dan saya kurang hafal surah-surah tersebut. Jadi saya, nak tanya ustaz... ada tak cara yang lebih simple dan senang untuk saya hafal? Terima kaseh atas curahan ilmunya. =)

AmoreZ said...

Salam tuan admin... Izinkan saya share sket2 ilmu ni yer secara screencapture beberapa point... Lillahi taala..

AmoreZ said...

Salam tuan admin... Izinkan saya share sket2 ilmu ni yer secara screencapture beberapa point... Lillahi taala..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064