IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: Jika anda topup RM30, anda akan dapat kredit/airtime sebanyak RM30 dan tambahan data internet sebanyak 1.5 GB untuk selama 15 hari percuma. Jika anda topup RM50, anda akan dapat kredit/air time sebanyak RM50, tambahan data internet sebanyak 2.5 GB dan 100 minit panggilan percuma kesemua rangkaian., TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

[Live]Sambutan Ambang Tahun Baru Bersama Ustaz Azhar Idrus


akan berlangsung sebentar lagi

Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus Untuk Bulan Januari 2014-tubik dohhhhhh


Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus Untuk Bulan Januari 2014 Keluar dohhhh
Jom Kite Gi KULIAH-JKKK
ustak,mu tunggu aku datanggggggggg

Komen Dr Maszlee Malik pasal filem 'Ustaz mu tunggu aku datang'

Setelah menonton 'Ustaz mu tunggu aku datang' di Astro, saya yakin filem berkenaan baik dan ada pengaruh positifnya untuk anak-anak muda Melayu tipikal yang ingin berubah menjadi lebih baik.

Apa yang dipaparkan juga menggambarkan besarnya pengaruh dakwah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di kalangan anak-anak muda Melayu.

Semoga Allah memberikan kekuatan kpd UAI untuk terus memberikan sentuhan kepada jiwa mereka...

PROMO-Geng JKKK-Jom Kite Ke Kuliah- 24.12.13-Selasa-Masjid Pinang Merah Paka,Terengganu.


PROMO-Geng JKKK-Jom Kite Ke Kuliah
- 24.12.13-
Selasa
Masjid Pinang Merah Paka,Terengganu

*hebak mung orang ppuang*oleh : UAI

Hebatnya Perempuan
oleh : UAI

ooo orang puang ...
mung bangung pagi ,
mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh ,
mung jd makmung ,
mung masok ,

jadual ceramah kuliah bulan disember 2013..Ustak,Mu Tunggu Aku Gi Dengor Etek

13.12.13 Jumaat Surau Pak Tuyu, K. Trg.
.
14.12.13 Sabtu, 8 mlm – 10 mlm, Surau Bangi Perdana, Jln 3/7 off Jln 3/12, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi Selangor.
GPS: 2.946877,101.780924
.
(Keluar ikut Tol Bangi >200m ada bulatan ambil jam 12 > terus 300m ada Stesen Petronas di sebelah kanan > terus 300m jumpa lagi bulatan > ambil pukul 12 juga > Terus 500m ada simpang 4 berlampu isyarat dan Petronas di sebelah kanan. >pusing kiri. > terus dlm 1km jumpa surau di sebelah kanan. >terus lagi dalam 1km jumpa Surau Bangi Perdana 2 tingkat di sebelah kanan). InsyaAllah di permudahkan Allah. Amin
.

BANJIR:mane bantuan sempadan terengganu-pahang

Lawatan mangsa banjir. Wanita ni dgn 4 org anak termasuk yg berumur 40 hari terkandas di sempadan terengganu pahang selama 3 hari yg masih belum ada bantuan dr pihak berwajib

Info Banjir di Kemaman l Jalan di Jambatan dalam Bandar Chukai runtuh 05/12/2013-video photo

info Banjir di Kemaman l Jalan di Jambatan dalam Bandar Chukai runtuh 05/12/2013-video photo
Banjir yang melanda negeri ini merebak ke Besut dengan menyaksikan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke 102 pusat pemindahan di empat daerah sehingga pukul 11 pagi ini meningkat kepada 7,854 orang.

Hukum tengok wayang gambar di pawagam JIKA


Ada yang bertanya tentang hukum ke pawagam untuk tengok wayang gambar. Apa jawapan Ustaz Azhar Idrus:

"Hukum tengok wayang gambar di pawagam JIKA ada dua perkara ini maka akan menjadi HARAM:

Jadual kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus, (UAI) November 2013.


Malaikat maut sentiasa ready utk ambik nyawa kita bila-bila masa..bila?tang mana?bgaimana kmatian?..wallahulam..jgn lupa kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus hari ni..3 Nov 2013
Tajuk: Sakaratul Maut
Time: lps magrib
Tang mana:masjid simpang 4 kg sedaka,Yan,Kedah
Smua d jemput mai nohh..
gambar hiasan


Jadual kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus, (UAI) November 2013.
(update v4).
 


19.11.13 Selasa, 8mlm – 10mlm, Masjid Kg. Cendor, Jln Kemaman-Kuantan, Cherating, Kuantan Pahang.
20.11.13 Rabu Masjid Pulau Ketam K. Trg.


Mutiara kata Tok Guru…

ceramah Ustaz Azhar Idrus TERKINI

” Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau…

Alhamdulillah Big Boh Dah Pulang

Gambar Terkini Ustaz Azhar Idrus Pulang Dari Mekah..Alhamdulillah Big Boh Dah Pulang

klik link ini

Aceramah Ustaz Azhar Idrus TERKINI

Perkongsian notac eramah Ustaz Azhar Idrus TERKINI di kuliah UAI di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Assalamualaikum ... Perkongsian nota di kuliah UAI di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.(terimaksih kepada admin FB Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)

Kitab :Anak Kunci Syurga

Mengesakan Allah dgn sifat yg layak bg Allah.
-Belajar apa yg dikupas oleh ulama supaya kita cinta kpd Allah.Bila kita cinta maka kita knl Allah. Bila kita knl Allah baru membawa rasa tkt kpd Allah s.w.t.
-Allah tidak sama dgn makhluk. Sifat Allah sempurna sdgkn makhluk itu lemah.

 -Yg baik itu dr Allah manakala yg lemah itu dr manusia.

Ustaz Azhar Idrus - Mati Rasa Macam Mana?


Kuliah ceramah Ustaz Azhar Idrus terbaru April 2010 di Masjid Taqwa,Batu Enam,Kuala Terengganu.

Kandungan :

1. Sakaratul Maut Nabi Ibrahim
2. Roh Pulang ke rumah

perhatikan saat kain kiswah lama diturunkan,digantikan dengan yg baru--9 zulhijjah 1434

saat kain kiswah lama diturunkan,digantikan dengan yg baru
Hari ini, kelambu sebesar 658 meter itu dan seberat 670 kilogram dibuat daripada kain sutera berkualiti tinggi yang diimport dari Itali dan Switzerland, kata Mohammed bin Abdullah Bajuda, pengurus kilang berkenaan.

“Sutera itu dicelup warna hitam dan diperah sendiri bagi menghasilkan bahan itu sebelum ia disulam dengan 120 kilogram benang emas dan perak asli,” katanya.

Ringkasan nota kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Negeri Shah Alam

Terima Kasih Rakan FB Syukri Kajang Manir Ringkasan nota kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Negeri Shah Alam pd, 23.3.2013, Sabtu, 8-10 malam.
.
A) Allah Taala mhidupkan skelian yg mati pd hari kiamat. (Rumi MS 37).
.
1) beriman dgn hari kiamat.

.
2) kita wajib beriman. x blh ptikaikan.
.
3) Kerajaan Allah yg akan bkitkan kita. bukan krajaan dunia, nok hdupK semut mati pun x blh doh.
.
4) x blh qadar subuh doh dlm kubur. x blh doh baru nok belajar ilmu.
.
5) ada ayat Al-Quran kata: org jahil adaL mcm mayat sbb x tahu apa2.
.
org yg x mahu blajar adaL zombi daun pisang doh.

Pesanan Ustaz Azhar Idrus... untuk suami


Pesanan Ustaz Azhar Idrus...

Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam2 tugas untuk suami dan anak2 di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami, dan macam2 lagi .... Kan banyak kerja isteri buat tu!

Asalnya isteri tidak wajib memasak, buat air, sapu sampah, basuh baju suami .... Tapi, apabila suami suruh, baru isteri wajib taat suami. Sebab tu isteri boleh minta upah dari suami. Oleh itu, mana2 perempuan yang buat kerja rumah, dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia....

Ringkasan nota kuliah UAI, 29.9.2013, Ahad di Masjid Bandar Di Raja Klang, Selangor.


Ringkasan nota kuliah UAI, 29.9.2013, Ahad di Masjid Bandar Di Raja Klang (Masjid Terapung) Bandar Klang, Selangor.
.
A) Kitab Anak Kunci Syurga.
rumi ms 46.
1. perkara sunat ketika ambil wuduk.
.
Bsugi
Baca Bismillah.
2. sunat ni buat dpt pahala. x buat, x masuk neraka.
3. berniaga dunia nak untung. akhirat pun nak untung juga. maka buatlah sunat itu.
4. buat yang sunat ketika wuduk, gugur dosa2 kecilnya.
5. sunat bersugi bukan kayu sugi sja. itu alat sja. jd gunakan ia utk berus gigi.
blh guna berus gigi utk berus gigi. tp yg afdal guna kayu "arok" (kayu bsugi) utk bsugi.


Semoga roh Allahyarham Ustaz Azizan ditempatkan disisi orang beriman Amin Bersama-sama kita sedekahkan ALFATIHAH



Takziah atas kembalinya kerahmatullah YB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mantan Menteri Besar Kedah (2008-2013). Ia satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam, khususnya kepada Parti Islam Se-Malaysia. Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulama' baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin.

Daripada
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursydul Am PAS

(Video) Ustaz Azhar,Zizan Dan Ustak Injin

Ustaz Azhar Idrus komen untuk zizan rajalawak tiru gaya ustaz,
"ustak injin kaca niii"
Share and Subscribe GENGJKKK untuk banyok lagi video UAI terkini

Banyok Tips Berguna
http://bit.ly/YCiKp1


Dr Maza l Sedutan Khutbah l ketirisan ekonomi! Rakyat Jadi mANGSA

Dr Maza l Sedutan Khutbah l ketirisan ekonomi! Rakyat Jadi mANGSA


Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

    Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1 


Kisah Pelacur Tua & Lelaki Soleh


Kisah Pelacur Tua & Lelaki Soleh

Umum Di satu kampung terpencil, ada seorang lelaki soleh yang sangat disegani & dihormati. Bukan saja beliau taat mengerjakan perintah agama, beliau juga mempunyai rupa yg tampan.

Satu hari, sedang beliau berjalan menuju ke masjid... segumpal awan telah mengikori dan memberikannya perlindungan dari sinaran terik matahari.

Dalam perjalanan, seorang pelacur tua yang hodoh, tapi masih berpakaian seksi telah memandang beliau dari jauh...

Q&A: Bermusafir pada hari Jumaat

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,
Soalan;

Saya mohon pendapat mengenai solat bagi orang yang bermusafir. Situasi adalah seperti berikut -

1. Saya menaiki penerbangan pada hari Jumaat. Bertolak dari Kuala Lumpur jam 10 pagi dan tiba di Alor Setar jam 10.45 pagi. Adakah saya perlu mengerjakan solat Jumaat atau cukup sekadar solat Zuhur?

2. Saya menaiki penerbangan pada hari Jumaat. Semasa solat Jumaat sedang berlangsung, saya masih berada di dalam kapal terbang. Apabila tiba di destinasi, adakah cukup sekadar saya mengerjakan solat Zuhur sahaja?

Sekian, diharap ustaz dapat membantu dalam perkara tersebut. Terima kasih.

Kelebihan Berpuasa Enam Hari Dalam Syawal

Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka.)

Mati Dengan Mata Terbeliak

mata terbeliak
Mati Dengan Mata Terbeliak
Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi:Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.

Huraian Hadith:
Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan husnul khatimah atau su'ul khatimah, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. 


Maksud Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Maksud Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 

Dahsyatnya Sakaratul Maut, bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Dahsyatnya Sakaratul Maut, bersediakah kita untuk menghadapinya ?

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).

Tazkirah Ramadhan: Beristighfar Dalam Keadaan Berpuasa


Beristighfar.

Meminta ampunan serta berdo'a ketika dalam keadaan puasa, berbuka dan ketika makan sahur. Do'a orang puasa adalah mustajab (dikabulkan), baik ketika dalam keadaan puasa ataupun ketika berbuka Allah memerintahkan agar kita berdo'a dan Dia menjamin mengabulkannya. Allah berfirman: "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkannya untukmu." (Ghaafir: 60).

Dan dalam sebuah hadits disebutkan: "Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan, orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadits shahih hasan.)

Soal Jawab Agama:masuk air ke dalam hidung ketika ambil wudhuk

Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Hukum Melagukan Al-Qur'an

Hukum Melagukan Al-Qur'an

Pembaca dan pendengar Al-Qur'an yang hatinya disibukkan dengan lagu dan sejenisnya -yang dapat mengakibatkan perubahan firman Allah, padahal kita diperintahkan untuk memperhatikannya sebenarnya menghalangi hatinya dari apa yang dikehendaki Allah dalam kitab-Nya, memutuskannya dari pemahaman firman-Nya. Mahasuci firman Allah dari hal itu semua. Imam Ahmad melarang talhin dalam membaca Al-Qur'an, iaitu yang menyerupai lagu, beliau berkata: "Itu bid'ah.

Ibnu Katsir rahimahullah dalam Fadhaa 'ilul Qur'an mengatakan: "Sasaran yang diminta menurut syara' tiada lain iaitu memperindah suara yang dapat mendorong untuk merenungkan dan memahami Al-Qur'an yang mulia dengan khusyu', tunduk, dan patuh penuh ketaatan. Adapun suara-suara dengan lagu yang diada-adakan yang terdiri atas nada dan irama yang melalaikan, serta aturan muzikal, maka Al-Qur'an adalah suci; dari hal ini dan tak layak jika dalam membacannya diperlakukan demikian." (Lihat kitab Fadhaa'ilul qur'an, oleh Ibnu Katsir, hlm. 125-126.)

Dari FB:Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)

"Allah Taala kasih pada orang yg mengaku byk dose..tak bergune daripada orang lain..kadang-kadang Allah uji dan tunjukkan keaiban kite supaya kite nampak ape kesalahan kite..
Jangan mengaku baik dan tiada dose,orang yg rase dia baik sebenarnye dia jahat..dan orang yg mengaku byk pahala sbenarnye orang itu byk dosenye.."

-Ustaz Azhar Idrus- 3/7/12 Pondok pinang merah,Paka..Kitab wasiat iman dan nasihat agama.

QIYAM RAMADHAN

QIYAM RAMADHAN
Dalilnya:

a. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa mendirikan shalat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)

b. Dari Abdurrahman bin Auf r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda: "Sungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan kusunatkan shalat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan shalat malam pada bulan itu kerana iman dan mengharap pahala, niscaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya." (HR. An-Nasa'i, katanya: yang benar adalah dari Abu Hurairah). Menurut Al Arna'uth dalam "Jaami'ul Ushuul", juz 6, hlm. 441, hadits ini hasan dengan adanya nash-nash lain yang memperkuatnya.

BERPUASA TAPI MENINGGALKAN SHALAT



Barangsiapa berpuasa tapi meninggalkan shalat, bererti ia meninggalkan rukun terpenting dari rukun-rukun Islam setelah tauhid. Puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya, selama ia meninggalkan shalat. Sebab shalat adalah tiang agama, di atasnyalah agama tegak. Dan orang yang meninggalkan shalat hukumnya adalah kafir. Orang kafir tidak diterima amalnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perjanjian antara kami dan mereka adalah shalat, barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad dan Para penulis kitab Sunan dari hadits Buraidah r.a.) At-Tirmidzi berkata: Hadits hasan shahih, Al-Hakim dan Adz-Dzahabi menshahihkannya.

Jabir r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: "(Batas) antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan shalat." (HR. Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

8 RAHASIA dibalik WUDHU

8 RAHASIA dibalik WUDHU 

 ❥ 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”

❥ 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini.”

❥ 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini.”

 ❥ 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini.”

 ❥ 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu.”

 ❥ 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini.”
 
❥ 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Sirat al-Mustaqim.”

❥ 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”

133 Tahun Kemudian

klik gambar untuk besarkan
Keadaan MasjidilHaram Dan Kaabah Pada Tahun 1880 Dahulu Dan Terkini Julai 2013

Fatwa Al-Qardhawi:ORANG YANG MENGUCAPKAN SYAHADAT, PASTI MASUK SURGA

ORANG YANG MENGUCAPKAN SYAHADAT, PASTI MASUK SURGA

Pertanyaan:
Bagaimana hukumnya orang yang semasa hidupnya selalu mengerjakan maksiat, akan tetapi pada akhir hayatnya (ketika sakaratul maut) dia mengucapkan dua kalimat Syahadat?
Jawab:

Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan bertauhid, yaitu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dia berikrar dan mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia berhak berada di sisi Allah dan masuk surgaNya.
Orang tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah akan masuk surga, walaupun masuknya terakhir (tidak bersama-sama orang yang masuk pertama), karena dia diazab terlebih dahulu di neraka disebabkan kemaksiatan dan dosa-dosanya yang dikerjakan, yang belum bertobat dan tidak diampuni. Tetapi dia juga tidak kekal di neraka, karena didalam hatinya masih ada sebutir iman. Adapun dalil-dalilnya sebagaimana diterangkan dalam hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, yaitu:

Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' kemudian meninggal, maka pasti masuk surga."

Dari Anas r.a., bahwa Nabi saw. telah bersabda, "Akan keluar dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di hatinya."

Dari Abu Dzar pula, dia telah berkata bahwa sesungguhnya Nabi saw telah bersabda, "Telah datang kepadaku malaikat Jibril dan memberi kabar gembira kepadaku, bahwa barangsiapa yang meninggal diantara umatmu dalam keadaan tanpa mempersekutukan Allah, maka pasti akan masuk surga, walaupun dia berbuat zina dan mencuri." Nabi saw. mengulangi sampai dua kali.
Banyak hadis yang menunjukkan bahwa kalimat Syahadat memberi hak untuk masuk surga dan terlindung dari neraka bagi yang mengucapkannya (mengucap Laa ilaaha illallaah). Maksudnya ialah, meskipun dia banyak berbuat dosa, dia tetap masuk surga, walaupun terakhir.

Sedangkan yang dimaksud terlindung dari neraka ialah tidak selama-lamanya di dalam neraka, tetapi diazab terlebih dahulu karena perbuatan maksiatnya.

MESIR : Wajah Sebenar Amerika Terdedah

MESIR : Wajah Sebenar Amerika Terdedah
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.

Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah.

Fatwa Al-Qardhawi:SYARAT UTAMA BAGI ORANG YANG MASUK ISLAM


Fatwa Al-Qardhawi
SYARAT UTAMA BAGI ORANG YANG MASUK ISLAM
Pertanyaan:Apa syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam?

Jawab:
Syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam ialah mengucapkan dua kalimat Syahadat. Yaitu, "Asyhadu allaa ilaaha ilallaah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullah." Barangsiapa yang mengucapkan dan mengikrarkan dengan lisannya, maka dia menjadi orang Islam. Dan berlaku baginya hukum-hukum Islam, walaupun dalam hatinya dia mengingkari. Karena kita diperintahkan untuk memberlakukan secara lahirnya. Adapun batinnya, kita serahkan kepada Allah. Dalil dari hal itu adalah ketika Nabi saw. menerima orang-orang yang hendak masuk Islam, beliau hanya mewajibkan mereka mengucapkan dua kalimat Syahadat. Nabi saw. tidak menunggu hingga datangnya waktu salat atau bulan Puasa (Ramadhan).

Di saat Usamah, sahabat Rasulullah saw, membunuh orang yang sedang mengucapkan, "Laa ilaaha illallaah," Nabi menyalahkannya dengan sabdanya, "Engkau bunuh dia, setelah dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah." Usamah lalu berkata, "Dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah karena takut mati." Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Apakah kamu mengetahui isi hatinya?"

Dalam Musnad Al-Imam Ahmad diterangkan, ketika kaum Tsaqif masuk Islam, mereka mengajukan satu syarat kepada Rasulullah saw, yaitu supaya dibebaskan dari kewajiban bersedekah dan jihad. Lalu Nabi saw. bersabda, "Mereka akan melakukan (mengerjakan) sedekah dan jihad."

Sejarah Ringkas Imam Malik

Sejarah Ringkas Imam Malik

Dalam sebuah kunjungan ke kota Madinah, Khalifah Bani Abbasiyyah, Harun Al Rasyid (penguasa saat itu), tertarik mengikuti ceramah al muwatta' (himpunan hadits) yang diadakan Imam Malik. Untuk hal ini, khalifah mengutus orang memanggil Imam. Namun Imam Malik memberikan nasihat kepada Khalifah Harun, ''Rasyid, leluhur Anda selalu melindungi pelajaran hadits. Mereka amat menghormatinya. Bila sebagai khalifah Anda tidak menghormatinya, tak seorang pun akan menaruh hormat lagi. Manusia yang mencari ilmu, sementara ilmu tidak akan mencari manusia.''

Sedianya, khalifah ingin agar para jamaah meninggalkan ruangan tempat ceramah itu diadakan. Namun, permintaan itu tak dikabulkan Imam Malik. ''Saya tidak dapat mengorbankan kepentingan umum hanya untuk kepentingan seorang pribadi.'' Sang khalifah pun akhirnya mengikuti ceramah bersama dua putranya dan duduk berdampingan dengan rakyat kecil.

Imam Malik yang bernama lengkap Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al Asbahi, lahir di Madinah pada tahun 712 M dan wafat tahun 796 M. Berasal dari keluarga Arab terhormat, berstatus sosial tinggi, baik sebelum maupun sesudah datangnya Islam. Tanah asal leluhurnya adalah Yaman, namun setelah nenek moyangnya menganut Islam, mereka pindah ke Madinah. Kakeknya, Abu Amir, adalah anggota keluarga pertama yang memeluk agama Islam pada tahun 2 H. Saat itu, Madinah adalah kota ilmu yang sangat terkenal.

Aurat Wanita Dalam Ihram

Soalan:
Bagaimana aurat wanita dlm ihram?

Jawab:
Sama mcm aurat seorg wanita dgn lelaki ajnabi atau ketika die hendak solat iaitu kedua tapak tgn dan mukanya sahaja.

Nota Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Dewan Kristal, Menara TM..Kuala Lumpur ( Selasa - 10/4/12 )

Assalamualaikum..sedikit Perkongsian 
terima ksih kepada (fb Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus))

Sesi Soal – Jawab;

1.Apa pandangan mengenai konsep MLM..?
- Hasil dari jualan yg kita dpt dgn jual brg iaitu upah / bonus / komisen adalah halal.. Lebih byk brg yg dpt kita jual,lebih byk bonus / komisen yg kita dpt..
- MLM yg haram ialah MLM yg berkonsepkn perniagaan yg hanya bemodalkn kutipan duit dr peserta dimana tiada brg / hasil jualan tetapi hanya mengutip modal dr peserta.. Konsep ni hanya menguntungkan pihak atasan manakala org bawahan mendapat rugi..Ini memudaratkan peserta bawahan..

Syaitan Nampak dan Syaitan Ghaib


Oleh Abu Omar

"Dan Demikianlah Kami Jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikan kepada sebahagian yang lain perkatan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)... “  

Sejak diisytiharkan sebagai sesat dan kafir oleh Allah SWT, Iblis laknatullah terus melancarkan serangannya kepa­da manusia. Tujuannya, agar di akhir kelak, mengeringi mereka ke neraka Sair. Untuk itu, syaitan merayu, memujuk dan menggoda manusia dari segenap penjuru. (AI-Araaf; 7:17).  

Bagi tujuan tersebut, seluruh bala tentera syaitan dikerahkan, baik yang ti­dak nampak seperti golongan jin, ma­hu pun syaitan dari golongan manusia. Masing-masing memiliki peranan yang strategi untuk menyesatkan manusia. Mana yang lebih berbahaya kepada ma­nusia? Bergantung dari sudut mana kita menimbangnya. Yang penting, kita mengetahui sisi bahaya masing-masing dan bagaimana mengatasinya.

Bahaya Syaitan tidak Nampak  

Kuliah Maghrib l Ustaz Azhar Idrus l Masjid Pondok Pinang Merah l koleksi 2012

Kitab Wasiat Iman dan Nasihat Agama.

"Bahaya menangguhkan ketaatan."

1. Manusia tak fikir tentang kesusahan akhirat,hanye fikirkan tentang kehidupan diatas dunia..

2. Tak fikir akibat perbuatan diatas dunia ni boleh mengundang kesusahan di alam barzakh dan alam akhirat.

3. Dialam barzakh tiada sesiapapun dpt tolong kita,Nabi sebut 5 perkara antaranya,
"mase muda sblm dtg mase tua mu..

4. Fikirlah dimane mase mude kite dihabiskan..ning gok umur 60 doh,sikat cokeng lg dlm kocek.

Fakta Menakjubkan Mengenai Wudhuk




Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.


Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Ustaz Azhar Idrus l tahun lepas agi doh UIA kabo dia nok kawen




Ustaz Azhar Idrus l tahun lepas agi doh UIA doa dia nok kawen, betul ke?
sila tengok video diatas,pada tanggal 12/10/2012 di masjid al munawwarrah sek 27,shah alam,selangor.

Assalamualaikum...nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di masjid Batu Buruk.

- Kitab Hidayatus Salikin -

" Adab Imam dan Makmun "
1. Adab ke-7, sunat imam menyaringkan bacaan al fatihah dan surah yg pada rakaat p'tama dan kedua dalam fardhu subuh,maghrib dan isyak.

2. Kenapa ada baca plahan dan kuat?jwpn paling tepat skali ialah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

3. Cerita tkenal Saidina Umar yg belum memeluk islam lagi pada masa itu,smasa nabi menyebarkan islam secara bsembunyi dan ada sahabat yg mdengar nabi solat bnama Khobar' r.a,dia merupakan sahabat yg terawal msuk islam,Abi Maghmar sahabat yg lain bertanya kpd Khobar' r.a, adakah nabi baca surah lazim? Khobar' kata nabi baca dgn melihat gerak geri janggutnya ketika solat zohor dan asar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Beliau berumur 82 tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.

Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..seterusnya.

Syarhul Arba'iina Hadiitsan An Nawawiyah Oleh : Imam An Nawawi

HADITS PERTAMA

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Arti Hadits / ترجمة الحديث :
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

Assalamualaikum..Kuliah Iftar di Surau Wan Esah, Ustaz Azhar Idrus ( Original )

" Nuzul Quran "

1. Nuzul Quran adalah b'makna "diturunkan". Diturunkan Allah sebagai wahyu.
2. Tujuan diturunkan Al-Quran adalah sebagai panduan hidup utk semua umat manusia..siapa yg tak ikut panduan akan punah ranah hidupnya diatas dunia.

3. Allah ciptakan manusia ni Dia tahu..manusia perlukan bimbingan,panduan serta peraturan. Quran dan hadis menjadi asas hidup bg manusia.

4. Kita nak beragama tak blh terus dari Allah, maka Allah utuskan Rasulnya utk menyampaikan utusan dari Allah.

Sesi soal jawab kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Qaryiah, Jaya Gading Kuantan Pahang.

1) Bila waktu bermulanya pembayaran zakat fitrah?

-Bermulanya bulan Ramadhan sehingga orang solat Hari Raya. Zaman Rasulullah SAW, orang bayar zakat fitrah pada malam raya tapi kalau zaman kita sekarang ni tak digalakkan bayar malam raya takut tak sempat sampaikan pada orang-orang miskin.

2) Budak-budak kena bayar zakat fitrah jugak?

-budak2 tak payah bayar zakat fitrah

tapi penjaga dia kena bayar utk dia.

3) Masa saya sujud dari i'tidal, saya terletak kepala saya kuat sikit dan kepala saya melantun, adakah dikira 2 kali sujud?

-Tidak, ia dikira sekali sujud sahaja. Kalau sengaja angkat kepala lepastu letak balik maka batal lah solatnya.

NOTA KULIAH Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di MASJID AL-IKHWANIAH, TAMAN CHERAS UTAMA,

Sambungan kitab anak kunci syurga mukasurat 27

Isteri-isteri Nabi Muhammad saw wajib kita muliakan dan hormati, sebab mereka umpama ibu bagi kita.

Kalau orang biasa, isteri yang diceraikan selepas tamat eddah dipanggil janda. Tapi isteri nabi tidak dipanggil janda. Tetap dipanggil isteri Nabi. Tiada sesiapa pun boleh bernikah denga

n isteri Nabi selepas baginda wafat.

Zaman leni ramai orang hina dan cerca isteri Nabi. Mereka dikira kafir, kerana terkeluar dari akidah Islam.

Kalau ulama bagitahu benda salah, haram ikut. Kalau penagih dadah bagitahu benda betul dan benar, wajib ikut. Contoh, seluruh ulama dunia berkumpul berkata hudud tak wajib, haram kita ikut. Kalau penagih dadah seluruh dunia berkumpul kata hudud tu wajib kerana hak Allah, wajib kita ikut.

Wajib beriman bahawa wujudnya hari kiamat, alam kubur, syurga dan neraka. Ia berkaitan akidah, jika tak percaya, gugur iman sebab Allah yang firman dalam Al-Quran banyak kali. Di akhirat semua yang mati akan hidup semula dan masuk mahkamah Allah.

TERKINI!!!!Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

BERITA TERBARU(sinar harian)-maaf luar dari tajuk blog ini

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

selanjutnyeeee

Ustaz Azhar Idrus-Wacana Perdana-youtube








Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin malam tadi. Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di salam stadium berkenaan sebenarnya. Sebelum ini ia hanya diserikan dengan acara sukan dan kebudayaan semata-mata. Difahamkan, ramai yang hadir bukan sahaja dari Kuantan malahan dari seluruh negeri Pahang sebenarnya. Ini mungkin kerana mereka mendapat maklumat program berkenaan yang disiarkan secara eksklusif menerusi akhbar Sinar Harian sejak beberapa hari yang lalu. Program malam tadi diserikan lagi dengan moderator Imam Muda TV9 iaitu Ustaz Khairul Azhar Ghazali yang mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran". Seperti biasa kedua-dua ahli panel telah berjaya menarik perhatian hadirin dengan kupasan tajuk yang penuh dengan unsur humor. Penonton tidak kering gusi apabila melihat Ustaz Haslin yang popular dengan gelaran Ustaz Bollywood mendendangkan beberapa buah lagu secara spontan termasuk lagu hindustan dan "Kosong" nyanyian Najwa Latiff. Sementara itu Ustaz Azhar seperti biasa menambahkan lagi keceriaan dengan lawak jenakanya yang mencuit hati. Pendek kata program malam tadi telah berjaya menarik perhatian hadirin yang dianggarkan mencecah hampir 100,000 orang di dalam dan juga di luar stadium. Program yang pada awalnya berjalan dengan tenang dan aman menjadi kucar kacir sedikit apabila hujan tiba-tiba turun dipenghujungnya. Ketika itu sesi soal jawab sedang berjalan. Orang ramai bertempiaran lari  mencari perlindungan dan ada sebahagiannya telah keluar dari stadium kerana keadaan dipintu keluar terlalu sesak ketika itu. Mujurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa keadaan berasak-asak itu. 

Assalamualaikum..nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Ladang.

- Kitab Fatwa Mufti Johor -
1. Soalan: " Dapatkah puasa sunat 6 syawal dirangkum sekali dgn puasa qadha Ramadan?

- Puasa yg ditinggalkan wajib diganti,jika diqadhakan dlm bulan syawal ada dua pendapat iaitu pendapat dari Syeikh Hajar dan Syeikh Ramli,walaupun ade khilaf kedua-duanya adalah sah.


- Pendapat yg sempurna adalah buat suku-suku..ini adalah pendapat Sheikh Hajar.

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Pak Tuyu pada hari Jumaat (1/2/2013)


Kitab Muhimmah
Sifat isteri yang sunat dipilih

1. Sunat memilih akan perempuan yang baik perangainya kerana adalah yang demikian itu akan menyelesaikan dan memudahkan ibadat manakala perempuan yang jahat itu akan menghalang kelancaran ibadah.

2. Perempuan yang jahat lidah dan perangai adalah lebih mudhorat dalam melakukan ibadah,jadi kalau perempuan yang lidahnya jahat adalah biasa,dosa lidah perkara biasa,tapi kalau terlalu jahak, jangan tebenglah kerana hanya orang yang dianugeroh Allah yang boleh bsabar dengan kejahatannya.

3. Maka yang jahat luar biasa ni adalah terlampau jahat,bila jahat perkataan isteri kita dok senang dalam melakukan ibadah,bila tiada sakinah,ketenteraman maka disunatkan ceraikan isteri itu kerana terlampau mudhorat.

4. Kita orang puang nok derhaka ke suami pun jangan sampai jadi johan dalam bab derhaka,jangan sampai jadi champion dalam melakukan kejahatan kepada suami.

Assalamualaikum..Nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Belakang Stadium. (25/08/12)


- Kitab Penawar Bagi Hati -

Bab: "syukur"
1. Syukur adalah nikmat yg Allah kurniakan pada hambaNya,setiap perkara yg dikurniakan Allah ada hikmahnya. Allah tak ciptakan sesuatu perkara dgn saja-saja,semua ada tujuan dan faedahnya.

2. Jika kita ni tak nampak apa yg dikurniakan itu maka rugilah kita akan nikmat dan hikmahnya.

3. Kita tak kaji perkara begini tp sibuk kaji kat mana ada lubang projek..mu tgk mat saleh tu ramai yg dah peluk islam selepas buat kajian dari ciptaan Tuhan.

4. Umat islam dahulu menjadi cemerlang kerana mereka membuat kajian dan merenung hasil ciptaan Tuhan,maka bykla ilmu dan kitab2 hasil kajian mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064