IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: 1)anda topup RM50,percuma kredit RM10 DAN DATA 1.5GB, 2)topup RM30, PERCUMAD DATA 1GB UNTUK 1 BULAN, TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

NOTA KULIAH Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di MASJID AL-IKHWANIAH, TAMAN CHERAS UTAMA,

Sambungan kitab anak kunci syurga mukasurat 27

Isteri-isteri Nabi Muhammad saw wajib kita muliakan dan hormati, sebab mereka umpama ibu bagi kita.

Kalau orang biasa, isteri yang diceraikan selepas tamat eddah dipanggil janda. Tapi isteri nabi tidak dipanggil janda. Tetap dipanggil isteri Nabi. Tiada sesiapa pun boleh bernikah denga

n isteri Nabi selepas baginda wafat.

Zaman leni ramai orang hina dan cerca isteri Nabi. Mereka dikira kafir, kerana terkeluar dari akidah Islam.

Kalau ulama bagitahu benda salah, haram ikut. Kalau penagih dadah bagitahu benda betul dan benar, wajib ikut. Contoh, seluruh ulama dunia berkumpul berkata hudud tak wajib, haram kita ikut. Kalau penagih dadah seluruh dunia berkumpul kata hudud tu wajib kerana hak Allah, wajib kita ikut.

Wajib beriman bahawa wujudnya hari kiamat, alam kubur, syurga dan neraka. Ia berkaitan akidah, jika tak percaya, gugur iman sebab Allah yang firman dalam Al-Quran banyak kali. Di akhirat semua yang mati akan hidup semula dan masuk mahkamah Allah.

Bila bermula hari kiamat? Apabila kita mati, dikira mula kiamat kecil bagi kita. Jadi, hidup kena seimbang, cari dunia dan jangan lupa ilmu agama. Islam tak larang kita bekerja keras cari duit.

Semua manusia percaya kita akan mati, orang kristian dan yahudi pun percaya kita akan mati. Orang red indian pun percaya kita akan mati. Tapi Rasul datang untuk beritahu bahawa wujud kehidupan dalam kubur, hari kiamat dan sebagainya.

Apabila jenazah diangkat orang ramai ke tanah perkuburan, mayat akan berkata-kata (tapi manusia tak dengar).
Mayat yang baik akan cakap "cepat hantar aku ke kubur" kerana ada nikmat yang menantinya di sana.
Mayat yang jahat akan cakap "Jangan masukkan aku ke dalam kubur" kerana ada seksa menantinya.
Kita tak dengar sebab kalau kita dengar, tok imam pun balik rumah lari, demam 3 hari. Siapa yang cerita ni? Rasulullah saw.

Orang yang soleh tak semestinya pakai kupiah, pakai jubah, berjanggut. Orang yang soleh ialah orang yang jaga solat, tak minum arak, tak berjudi, tak berzina, tak buat larangan Allah.

Nabi suruh kita ziarah kubur ibu bapa. Kalau muka nampak warak, tapi tak pernah ziarah kubur ibu bapa, tu anak tak guna.
Sampai kadang-kadang orang tersilap kubur sebab dah lama sangat tak ziarah kubur.

Dalam kubur, kita akan disoal malaikat. Tak pass SPM, masih boleh makan. Tak pass diploma, masih boleh minum.
Tapi kalau tak pass soalan dalam kubur, kena seksa dan azab yang pedih. Kalau nak pass, kena banyakkan amalan dan belajar ilmu agama. Sebab dalam kubur bukan mulut kita yang akan jawab, tapi amalan2 kita yang akan jawab.

Nabi kata, mayat dengar orang-orang yang datang ke tanah perkuburan. Tu pasal Nabi suruh kita bagi salam kepada ahli-ahli kubur. Sahabat nabi bertanya, mayat-mayat tu dengar ke? Nabi jawab mayat itu lebih mendengar daripada apa yang kamu dengar.
Tok imam hari-hari jadi imam pun takut hantu. Camne nak bagi salam bila lalu sebelah kubur? Hantu yang tunjuk rupa tu saje nak kacau manusia.
Kalau jumpa hantu, nabi suruh bertakbir 3 kali. Malam ni ustaz suruh pergi test pergi kubur sorang-sorang.

Roh orang yang tak beriman dan sombong dengan Allah, rohnya tidak naik ke langit. Terus diazab sampai kiamat.

-------------------------------------------------------


- SOAL JAWAB -

1- Saya cina bukan Islam. Boleh tak saya masuk masjid untuk mendengar ceramah ustaz sekarang ni?

J- Boleh. asalkan penuhi dua syarat, yang pertama dapat kebenaran orang yang menjaga masjid dan umat Islam. kedua menjaga adab-adab di dalam masjid.

2- Jika orang masuk Islam (mualaf), wajibkah bersolat walau belum pandai buat solat dan tak cukup ilmu?

J- Wajib solat sekadar yang tahu. Kalau tahu subuh je, solat subuh je dulu. Kalau tak tahu nak baca apa, cuma berdiri diam 2 minit pun tak apa, sebagai menampakkan kita diam sekejap masa baca al-fatihah. Baca salah pun takpe, dimaafkan. Tapi wajib belajar.

3- Orang yang dilahirkan sebagai Islam adalah lebih bertuah daripada kafir yang peluk Islam?

J- Tuah bukan dengan lahir sebagai Islam, bukan atas nama bangsa, tuah itu dengan amalan sahaja. Kalau sejak lahir orang tu Islam tapi amalan Allah tak terima, lebih rugi dari mualaf yang baru buat amal tapi Allah terima.

4- Saya berkahwin dengan mualaf, keluarga suami masih kristian, macam mana pergaulan dengan ibu bapa mertua yang masih kafir?

J- Mertua yang kafir atau tidak, tetap menjadi mahram kita. Tak kira apa agama orang tu, kalau dia jadi mahram, tetap mahram tidak boleh dikahwini. Tapi kena beza mahram kekal dan mahram sementara.

5- Berdiri dalam solat, keadaan bukaan kaki yang betul

J- Ada ulama kata sejengkal, ada ulama kata selebar yang boleh bagi elak syaitan menyelit di antara jemaah.

6- Tangan masa qiam dalam solat, keadaan yang betul

J- Letak tangan atas dada tu sunat. tidak wajib. Ada yang letak atas dada, atas pusat, bawah pusat. Ada dalam Mazhab Maliki letak tangan kat sisi. Tak boh kat dada. Jangan pelik la.

7- Hukum angkat takbir sama dengan imam

J- Nabi kata, kena angkat takbir selepas imam selesai bertakbir. Sebab solat imam dikira bermula selepas huruf Ra dalam takbir. Baru kita boleh masuk sebagai makmum.
Yang boleh sama dengan imam ialah amin sahaja. Kalau serentak dengan imam, diampunkan dosa-dosa yang lalu.

8- Ada ustaz yang abaikan perkara sunat dalam solat. Adakah baik kita ikut ustaz ni?

J- Semua orang tak sempurna. Tiada masalah kalau tak buat perkara sunat sebab bukan berdosa pun. Jangan salahkan atau benci ustaz tu sebab dia tak buat perkara sunat. Mung pergi masjidil haram, ade imam yang tak buat perkara sunat, takkan mung nak benci ke dia?

9- Ibu bapa bawa anak yang bising/lasak ke masjid. siapa tanggung dosa?

J- Ibu bapa kena bawak anak yang mummayyiz, yang dah tahu perkara baik dan buruk. Yang dia tahu, kalau bising, tak boleh. kalau lari-lari dalam masjid, salah.
Kalau bukan mummayyiz, ibu bapa kena jaga. Kalau mengganggu jemaah solat, ibu atau bapa tu berdosa.

10- Rakan saya mualaf, wajib ke dia dengar cakap ibu bapa yang masih kafir?

J- Wajib dengar dan patuh dan taat kepada mereka selagi tidak menyalahi syarak.

11- Hukum komisyen dalam Islam

J- Harus dalam Islam, dibenarkan.

12- Tazkirah antara solat terawih. Betul ke Nabi tak pernah buat?

J- Betul, tiada hadis yang meriwayatkan. Tapi kena faham, asal semua benda adalah hukumnya harus, selagi tiada dalil yang melarang atau mengharamkannya. Ada tak dalil yang haramkan tazkirah antara terawih tu? takde kan..

13- Orang buat dosa, masih dapat nikmat Allah. kenapa?

J- Allah bagi rezeki dalam keadaan Allah tidak redha.

14- Bangun dari rakaat kedua, jubah imam terselit celah punggung. Hukum?

J- Tak batal. makruh sahaja selagi tidak nampak warna kulit.

15- Hukum makmum tergelak tengok jubah imam tu terselit

J- Gelak sedikit dimaafkan jika tak sengaja. Kalau hahahahaha tu batal la boh.

16- Hukum pinjam bank yang amalkan riba.

J- Haram kecuali darurah

17- Hukum guna khidmat bomoh yang amalkan syirik, lepas dah sihat taubat la.

J- Mung dah syirik 2 kali pada Allah. yang pertama syirik sebab percaya bomoh syirik tu. kedua mung mempermainkan konsep taubat.

18- Saya ada RM10,000. Saya beri amanah kepada kawan saya untuk jaga. dia letak dalam ASB dan ambil untung komisyen ASB tanpa saya tahu.

J- Hukumnya harus. salah mung ar tak bagitau syarat-syaratnya. mung tak bagitau suh dia letak mana atau jangan letak mana. dia tak kacau duit mung. dia amik untung dividen je. Lain kali bagitau terang-terang syarat amanah tu.

19- Baca al-fatihah dalam solat, tiba-tiba bersin, sebut Alhamdulillah.

J- Tak batal solat. tapi putus muwallat.

20- Hukum orang yang beri dan menerima rasuah

J- Dua-dua diazab dalam neraka beribu-ribu tahun

21- Kanak-kanak belum sunat, sentuh orang sedang solat, batal tak solat orang tu?

J- Tak batal. yang batal ialah orang yang bernajis duduk atas riba kita masa solat kalau tak cepat alihkan. Kalau cepat alihkan tak batal solat. kanak-kanak belum bersunat tidak semestinya ada najis. kalau kompem ada najis baru batal.
Kita tengah solat kat hutan. Tiba-tiba harimau datang duduk atas kita. Batal tak? Kan harimau tak sunat? Hehehe

22- Hukum ibu bapa bawa anak lelaki solat dalam saf orang dewasa

J- Tiada masalah, cuma tak dapat pahala saf yang betul, sebab sebetulnya saf kanak-kanak lelaki ialah di belakang saf lelaki dewasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064