IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: 1)anda topup RM50,percuma kredit RM10 DAN DATA 1.5GB, 2)topup RM30, PERCUMAD DATA 1GB UNTUK 1 BULAN, TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

Syaitan Nampak dan Syaitan Ghaib


Oleh Abu Omar

"Dan Demikianlah Kami Jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikan kepada sebahagian yang lain perkatan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)... “  

Sejak diisytiharkan sebagai sesat dan kafir oleh Allah SWT, Iblis laknatullah terus melancarkan serangannya kepa­da manusia. Tujuannya, agar di akhir kelak, mengeringi mereka ke neraka Sair. Untuk itu, syaitan merayu, memujuk dan menggoda manusia dari segenap penjuru. (AI-Araaf; 7:17).  

Bagi tujuan tersebut, seluruh bala tentera syaitan dikerahkan, baik yang ti­dak nampak seperti golongan jin, ma­hu pun syaitan dari golongan manusia. Masing-masing memiliki peranan yang strategi untuk menyesatkan manusia. Mana yang lebih berbahaya kepada ma­nusia? Bergantung dari sudut mana kita menimbangnya. Yang penting, kita mengetahui sisi bahaya masing-masing dan bagaimana mengatasinya.

Bahaya Syaitan tidak Nampak  

Tidak mudah melawan musuh yang tidak kelihatan, apatah lagi keha­dirannya tidak disedari oleh kita. Ada sesetengahnya yang menyedari bahawa di saat bersendirian, ada hiruk-pikuk syai­tan yang membisikkan, mencari ruang untuk menjerumuskan kelembah do­sa. Oleh kerana itu, syaitan aktif mel­ancarkan serangan demi serangan ke dalam hati manusia. Bagi manusia yang `diserang' (yang tidak mengerti keadaan ini) biarpun kalah teruk, masih tidak me­nyedarinya.  

Oleh itu, Allah mengajarkan kepada kita cara yang berbeza dalam menghada­pi syaitan, jin dan syaitan manusia.  

`Jadilah engkau pemaaf dan su­ruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlin­dunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" (AI-Araaf, 7:199-200).  

Ibnu Katsir mentafsirkan ayat tersebut dan berserta contohnya, bahawa Allah memerintahkan untuk bersikap baik kepada musuh yang berwujud ma­nusia. Tujuannya, untuk mengubah ta­biat mereka yang benci kepada cinta. Akan tetapi untuk menghadapi syaitan dari golongan jin, Allah memerintahkan membaca ta'awudz.  

Sebabnya, perlakuan baik tidak akan mengubah perwatakan syaitan yang ti­dak memiliki selain membinasakan anak cucu Adam kerana syaitan tidak mung­kin menaruh belas kasihan kepada kita. Makanya, mereka tidak akan bersimpa­ti dengan sikap baik kita meskipun kita menuruti keinginannya.

 
justeru, tidak ada jalan damai bagi syaitan baik di awal mahu pun di akhirnya. Tidak ada tahap berlemah lembut atau me­narik simpati untuk menghadapinya. Ber­beza dengan syaitan manusia, ada tahap berbicara dengan lemah lembut, berdebat dengan cara yang baik, hingga memerangi mereka dengan senjata.  

Bentuk permusuhan, serangan yang dilakukan oleh syaitan terhadap manu­sia ada pelbagai. Dari bisikan, rayuan atau lintasan fikiran yang menampak­kan keelokan perbuatan dosa, mengha­lang manusia dari ketaatan, menggam­barkannya sebagai beban berat sehingga mengganggu secara fizikal dan mental.  

Tidak hanya di siang hari, ketika manusia tidur, syaitan terus menggoda sebagaimana yang dikhabarkan oleh Na­bi Muhammad s.a.w; "Syaitan mengikat­kan tali ke tengkuk manusia dengan tiga ikatan ketika tidur, dia mengencangkan talinya setiap kali mengikat seraya berka­ta, "malammu masih panjang, maka ti­durlah". (Riwayat Bukhari dengan Syarah Fathul Baari).  

Tujuannya, agar manusia terus ter­tidur sehingga mengabaikan solat dan berzikir kepada Allah. Di dalam Shahi­hain disebutkan, ketika diceritakan ke­pada Rasulullah tentang seseorang yang tidur sehari suntuk hingga subuh, ma­ka nabi bersabda; "Itulah orang yang teli­nganya atau sebelah telinganya di kenc­ing oleh syaitan".  

Mimpi buruk juga merupakan ben­tuk gangguan syaitan untuk menakut­ nakutkan manusia, sebagaimana na­bi menyebutkan salah satu jenis mimpi sebagai 'takwif minasy syaitan', syaitan yang menakut-nakutkan. jika kita me­ngalami kejadian ini, nabi menganjur­kan kita membaca ta'awudz dan tanaf fut (meludah kecil) ke kiri tiga kali. Selain itu kita juga boleh membaca surah-surah Mu'awwizat sebelum tidur seperti surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.  

Bahaya Syaitan yang Boleh Nampak
 

Jika syaitan segera lari ketika ki­ta membaca ta'awudz atau lari bertem­piaran ketika mendengar azan, tidak sedemikian halnya dengan syaitan ber­topengkan manusia. Dari sisi ini, syaitan yang bertopengkan manusia lebih berba­haya. Seperti yang diungkapkan oleh ula­ma tabiin, Malik bin Dinar, "Syaitan ber­topengkan manusia lebih berat bagiku daripada syaitan daripada golongan jin, kerana syaitan dari golongan jin akan lari apabila aku membaca ta'awudz kepada Allah. Adapun syaitan bertopengkan ma­nusia, di pelupuk mata dia mendatangi aku dan menarik aku kepada maksiat".  

Dari sisi zahirnya, syaitan berto­pengkan manusia memang tidak mem­beri kesan (kesakitan) walaupun di baca ta'awudz mahu pun azan. Perlindungan Allah terhadap syaitan dari golongan manusia ini memiliki bentuk yang lain, yang asasnya menyelamatkan kita dari tipu days syaitan bergelar manusia.  

Syaitan jenis ini juga kadang­kadang mempunyai komunikasi yang baik, penampilan menarik dan berke­terampilan. Seperti ketika syaitan meng­goda Adam dengan rayuannya; "Kemu­dian syaitan membisikkan buah fikiran yang jahat kepadanya, dengan berkata, "Hai Adam, mahukah aku tunjukkan ke­pada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa? (Thaha;20: 120).  

Ibnu Qayyim berkata tentang ayat ini, "Para pengikut syaitan (dari golon­gan manusia) mewarisi cara syaitan ini, yakni dengan memberikan nama sesuatu yang haram dengan nama yang disukai oleh nafsu, seperti menamakan khamr dengan puncak kelazatan.  

 

Seperti hari ini, mereka menamakan pameran aurat sebagai seni, seks bebas sebagai budaya moden dan tarian erotis sebagai kebe­basan bersosial.  

Syaitan juga menamakan ketaatan dengan nama yang menyeramkan. Se­tup kali Nabi Muhammad diutus, ma­ka ada syaitan bergelar manusia dengan menggelarnya dengan gelaran yang bu­ruk, seperti tuduhan sesat, bodoh, gila atau digelar tukang sihir.  

Persekongkolan antara Syaitan dan Manusia
 

Serangan akan bertambah dahsyat ketika syaitan dan syaitan bergelar ma­nusia bersekongkol untuk menebar do­sa. Pelbagai cara, idea digunakan untuk menarik manusia membuat kemungkaran. Dari mana mereka mendapat ide dan inspirasi ini?   Hal tersebut terjawab denga firman Allah dalam surah (Al-Arf am: 6:112). Ibnu Qayyim dalam BadaTul Fawa'id (11/266) mentafsirkan ayat ini, "Syaitan mewahyukan kebatilan kepada manu­sia, begitu juga syaitan manusia mewa­hyukan kebatilan kepada mainusia, yang lain, sehingga antara syaitan dan syaitan manusia saling bekerjasama untuk menyamnpaikan kemahuan 'syaitani'.  

Untuk mengelakkan serangan, ini henclaklah rajin mencari ilmu agama, peka terhadap maksiat serta berusaha ke jalan syariat.

AL ISLAM Jun 2009



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064