IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI

IKLAN: Tawaran Menarik UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI
TUKARKAN SIMKAD PREPAID ANDA KE SIMKAD PREPAID TONE EXCEL. DENGAN MODAL SERENDAH RM95.40 ANDA AKAN DIBERI SIMKAD PERCUMA DAN KREDIT RM30. Nak tahu APA KELEBIHANNYA? ANTARANYA: Jika anda topup RM30, anda akan dapat kredit/airtime sebanyak RM30 dan tambahan data internet sebanyak 1.5 GB untuk selama 15 hari percuma. Jika anda topup RM50, anda akan dapat kredit/air time sebanyak RM50, tambahan data internet sebanyak 2.5 GB dan 100 minit panggilan percuma kesemua rangkaian., TAKAFUL PERCUMA RM50,000. KLIK LINK DIATAS

Pasca Banjir 2014 / Kuala Krai Dan Palekbang

Ya Allah,engkau tabahkan hati ibu-ibuku ini
Daing Siti Norbaity's photo.

Apa Kerja Dajjal Atas Muka Bumi

Apa kerja dajjal atas muka bumi.

Dajjal akan datang dengan membawa 4 fitnah.
  • Pertama: Dajjal mengarahkan penduduk dunia supaya menyembahnya. Maka ini adalah fitnah agama.
  • Kedua: Dajjal menunjukkan kuasanya menurunkan hujan dan memberikan pelbagai harta kekayaan kepada manusia. Ini fitnah harta.

Ustaz Azhar Idrus celaru ke atau Makcik Masitoh Gabra

Ucapan Dr. Mashitah Ibrahim dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 Sayap wanita telah menyindir dan menyatakan akan ulamak pendakwah seperti menyertai rancangan Maharalawak mega. Kenyataan Kurang Enak Mashitah itu telah Dibidas Oleh Ustaz Azhar Idrus dengan Fakta yang jelas dan menrik. Saksikan Video penuh ucapan kedua Tokoh ini.

Hias pakaian guna ayat al-Quran satu kesalahan

Hias pakaian guna ayat al-Quran satu kesalahan

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin 
  •  Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
SHAH ALAM -“ Menggunakan ayat al-Quran untuk hiasan pakaian memang boleh membawa kepada ayat-ayat suci itu diperlekehkan. Ia satu kesalahan,” demikian respon Pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Mohd Asri mengenai penggunaan hiasan ayat suci al-Quran pada corak pakaian.

Asri yang juga merupakan bekas mufti Perlis berkata, namun bukan semua orang tahu ataupun perasan kesan penggunaan tersebut.

“Mereka yang tersalah menggunakan ayat-ayat al-Quran itu mungkin tidak bermaksud menghina tapi tidak tahu adab-adab yang sewajarnya.

“Jangan tergopoh menganggap mereka itu musuh Islam ataupun ingin menghina Islam. Apatah lagi jika dia seorang yang bukan Muslim yang tiada maklumat banyak mengenai Islam,” tulisnya di laman Facebooknya hari ini.

MAS tidak akan muflis jika tidak jual arak


MAS 
 MAS
SHAH ALAM – Tindakan menarik semula penjualan arak dalam pesawat milik MAS tidak akan menyebabkan syarikat itu muflis, demikian menurut pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin.

Beliau berkata, MAS perlu mengikut jejak langkah syarikat penerbangan lain seperti Emirates Airlines dan Brunei Airlines yang masih menjadi pilihan penumpang serata dunia, walaupun tidak menghidangkan arak.

“Menghidangkan arak dalam pesawat tidak menguntungkan MAS, Jika tiada minuman itu pun, MAS tidak akan muflis.

"Tiada keperluan untuk menghidangkan arak dalam pesawat kerana tidak semua penumpang meminumnya," katanya, semalam.

Beliau berkata, MAS perlu berubah dengan tidak lagi menyajikan arak di dalam pesawat kerana langkah itu dapat menaikkan lagi imej syarikat penerbangan itu di mata dunia.

“Jika tidak hidangkan arak sekalipun, MAS boleh sediakan minuman lain. Saya percaya penumpang setia yang menaiki MAS tidak akan membantah dengan keputusan itu." katanya.

Terjemahan al-Quran tanpa ayat asal, haram


Harussani Zakaria  
Harussani Zakaria
GOPENG - Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan walaupun ia bagi tujuan berdakwah kepada golongan bukan Islam, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria .
Beliau berkata, terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab.

"Terjemahan al-Quran perlu mengikut kaedah bahasa Arab, mesti ada ilmu alat, ilmu mantik dan ilmu nahu. Semua ada peraturan tertentu. Kita tidak boleh terjemah tanpa ayat asal kerana ia akan tidak memberi makna dan pemahaman sebenar," katanya pemberita selepas menutup Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 anjuran Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tentang permintaan seorang pensyarah wanita yang berhasrat menterjemahkan al-Quran kepada bahasa lain tanpa ayat suci yang asal untuk tujuan pemahaman rakannya yang bukan Islam.
Katanya, wanita tersebut telah pergi ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta kelulusan namun Majlis Fatwa mengatakan penterjemahan seperti itu tidak dibenarkan.

Intipati Sedutan Kuliah Dr MAZA

Dr MAZA Intipati: 1) siapa masuk surga dan siapa masuk neraka 2) jangan kita menilai diri seseorang,lihat diri kita dulu 3) satu malaysia, satu ummah 4) dalil mengikut pemimpin,ini bahaya 5) bandingan ulama yang mencari dunia,adalah bagaikan anjing

Sekadar Peringatan Adab-Adab Wasap, Fb, Telegram Dll

Sekadar Peringatan
Adab-Adab Wasap, Fb, Telegram Dll

1. Jika sudah masuk waktu solat jangan wasap atau main fb n lain2 sebelum melaksanakan solat.
2. Jangan berwasap n berfb dalam masjid atau rumah Allah kerana kita sebagai tetamu mesti menghormati tuan rumah. 

3. Jangan berwasap atau berfb dll jika sedang bercakap dengan ibu bapa, suami, guru, para ulamak dan orang2 yang mesti dihormati.
4. Jangan berwasap atau berfb dll semasa berada dalam majlis ilmu.

5. Jangan berwasap atau berfb dll ketika sedang bermesyuarat untuk menghormati ahli mesyuarat yang sedang memberi pandangan dll.
6. Jangan berwasap atau berfb dll di dalam bilik sedangkan ada suami atau tetamu di dalam rumah.

"TINTA TARBAWI : MADAH HARI INI

"TINTA TARBAWI : MADAH HARI INI"

Hari ini masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah

Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.

Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah
Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah

Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah
Hari ini berpakaian baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah

Hari ini berpijak di atas tanah
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan serba mewah
Mungkin esok hanya ada kereta jenazah

KEKOSONGAN JAWATAN :TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

Buat renungan:
TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN :
A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :

Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,ketika ditemui telahpun meninggal dunia.


Innalillahiwainnahilahirogiun

Hulu Terengganu : Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpu
n meninggal dunia.

Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.

Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi lewat kerana melalui jalan yang sukar dan licin.

Kita share ilmu, jangan share Fitnah

Jom share ilmu jangan share Fitnah...

sama-sama kita doakan agar orang yang fitnah ustaz azhar idrus dihukum setimpal oleh Allah S.W.T dan semoga Allah S.W.T lindungi ustaz azhar idrus dan kuatkan hatinya untuk menyampaikan dakwah..tengok video dibawah

Pesanan Iman Al-Ghazali-1

"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

"Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?"

"Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.

"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba Tabung Haji buat fatwa tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"penatnya kita disini, rehatlah hendaknya kita disana," Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz

"Setiap kali kita bercakap, biarlah sama apa yang kita bercakap di sini dengan apa yang kita akan bersoal jawab di padang mahsyar sana nanti."


coretan dari fb Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani


Nama Nama Bayi Yang Perlu Dielakkan

Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di bawah TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua.

Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Syahdu-Ustaz Abdullah Khairi

Ustaz Abdullah Khairi semasa memberi ceramah kepda peserta jemaah umrah
membuatkan hampir kesemuanya menangis,kita lihat video ceramahnya itu

VIDEO syahdu

BERITA TERKINI PUTING BELIUNG DI PANDAMARAN SELANGOR 2014

Ribut bersertakan angin kuat yang disifatkan sebagai ‘Puting Beliung’ kecil dilaporkan melanda Pandamaran, Klang Selangor pada petang Selasa 21.10.2014

Dalam satu laporan yang disiarkan media pada Selasa, melaporkan kira-kira 30 buah rumah di Pandamaran mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang

video

Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing lebih baik????

Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing lebih baik

Daripada sibuk berkempen sentuh anjing lebih baik buat kempen sapu kepala anak yatim. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. "

Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing lebih baik buat kempen belajar macamana cara nak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwudhu.
Daripada sibuk berkempen membelai anjing lebih baik belajar cara yang betul untuk membelai dan mengucup hajar aswad di Kaabah.

Nama aku DUIT,

Nama aku DUIT,
kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.
(Sape tak baca rugi, dan sila share dgn kenalan anda) 
..Rupa aku biasa je, 
badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. 
..Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, 
kerana manusia mengidolakan aku. 
..Ramai orang merubah keperibadiannya,
mengkhianati kawan, 
memutuskan persaudaraan, 
menjual maruah, 
malahan meninggalkan keyakinan imannya, 
demi aku! 

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM



1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

Jenaka sikit jer-WAT SEKS

Sakit perut ni tahan ketawa.
. WAT SEKS....
Sebelum akad nikoh. Tok kadi ngesohke name ic pengateng laki. Kodi kato nok tanye soklang skek. Pengateng laki debo doh ni.

Kodi: Lame dah kenaa hok puang ni?
Pengantin: Dlm 2 tahun lebih gok

Kodi: Hoo molek la.. Mesti gi dating sokmo ni dok?
Pengantin: Kdg2 je Tok, dia dok tengganu saya dok KL

Kodi: Doh tok jupe, org muda leni org ngorat 'wat sek' sokmo la ni
*terangkat punggung pengantin & wali dengor soklang tu*

Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw)

Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?
Jawab Abu Umamah r.a: Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).
Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?
Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).

Jual Beli Emas-soaljawab-pakej jual beli emas yang sungguh “manis” ini

sumber:  fbAzman Mohd Noor

Soalan
Apa pandangan ustaz pada pakej jual beli emas yang sungguh “manis” ini:
“Serahkan kepada saya pamp emas 100g. Saya akan serahkan cash back sebanyak RM10500 dalam 3-7 hari bekerja, serterusnya bulanan sebanyak RM2500 selama 7 bulan?

Jawapan
Transaksi di atas, kalau emas dibeli daripada pihak lain dan dijual kepada pihak lain, ia bukan bay’ al-inah yang dilarang. Jadi ia adalah jual beli ansuran biasa, tetapi melibatkan emas. Oleh kerana emas, perlu kita ketahui ada syarat khas yang disebut di dalam hadith hadith yang sahih dan disepakati oleh para ulama, iaitu, tidak boleh berlaku penangguhan pada serahan emas atau bayarannya.

Lawak skit- Tampal kat kepala katil

Suatu hari dalam kelas agama, Ustazah Farah bersama murid2nya darjah 3 Bestari....

Ustazah : Saper tahu doa masuk tandas? Angkat tangan.
Miera : Saya ustazah.

Ustazah : Ok Miera.. Baca.
Miera : Allahumma Inni A'uu zubika minal hubusi wal hobaiz.
Ustazah : Wah baguslah Miera. Siapa ajar?

Miera : Ummi, kat rumah ummi ada tampal kat pintu bilik air. Hari2 ummi baca.
Ustazah : Bagus. Patutlah Miera hafal doa tuh.

Miera : Doa tengok cermin pun saya tahu, Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii. 
Ustazah : Betul tuh....

Dinding rumah pangsa loke yew tercabut ! Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Rumah pangsa Loke Yew tercabut dinding bilik akibat ditiup angin ribut petang tadi.

Rumah pangsa Loke Yew
Rumah pangsa Loke Yew

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Oktober 2014 (Update V3.0)



Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Oktober 2014 (Update V3.0)

10/10 Jumaat
Masjid Pulau Ketam
.
11/10 Sabtu, 8mlm - 10mlm di Masjid Daerah Barat Daya Balik Pulau, Pulau Pinang, Jalan Balik Pulau Kampung Paya Simpang Empat Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang
GPS: 5.339202, 100.222772
(Landmark Masjid ini berhadapan Mahkamah Syariah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang).
.
12/10 Ahad, 8mlm - 10mlm di Masjid Semilang, Jalan Sembilang 2, Seberang Jaya Pulau Pinang,
GPS: 5.401946, 100.398521
(Landmark dalam 800m dari Sunway Mall).
.

Mahasuci Allah.


Seorang pegawai agihan kami menemui pakcik ini sedang mencari besi dan plastik untuk di jual di Batu 5 1/4, Gombak. Setelah dibuat siasatan beliau tinggal berdua bersama isterinya di sebuah rumah sewa di Kampung Kerdas, Gombak. 

Usianya sudah melebihi 70 tahun. Isteri beliau hanya berkerja sebagai cleaner. Insyaallah beliau sekeluarga akan diberikan bantuan zakat yang bersesuaian.

Sekiranya anda berjumpa fakir miskin di kawasan anda, sila salurkan maklumat kepada kami untuk kami membuat siasatan. Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353.

Jadual Kuliah UAI bULaN OKTOBER 2014

Jadual Kuliah UAI bULaN SEPTEMBER 2014
klik gambo nok besorkan 
Jadual Kuliah UAI bULaN OKTOBER 2014
Jadual Kuliah UAI bULaN SEPTEMBER 2014

Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab yang maksudnya:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Dari FB UAI:hukum si isteri memuat naik gambarnya dekat fb tanpa meminta izin kepada suaminya...??

ape hukum si isteri memuat naik gambarnya dekat fb tanpa meminta izin kepada suaminya...??
  • Ustaz Azhar Idrus ( Original ) wsalam..kalau gambar yg elok, sebaiknya minta izin sekalipun suami tdk marah..

DARI FB uai: Ustaz, kinapa orang bangla silalu dihina

Ustaz , kinapa orang bangla silalu dihina ? Tatapi itu artis kpop tarak islam dipuja ? Ustaz , apakah warna kulit menjadi perkiraan di mata dunia ?

Jawapan UAI:Ustaz Azhar Idrus ( Original ) orang yg hina keturnan orang lain itu bkn orang baik..
warna kulit sama sahaja disisi Allah swt..
Allah tak pandang warna kulit..
siapa ada amal baik dia dapat syurga walau pun dia negro yg hitam.

ANAK TAK SAH TARAF

Soalan: kalu ada pompuan ni statusnya ANAK TAK SAH TARAF. masa nikah dia tu, wali hakim kena baca nama dia BINTI apa? Dia takut keluarga pihak lelaki tahu. Habislah malu.
 
jawapan UAI: Ustaz Azhar Idrus ( Original ) binti abdullah

ceramah agama ustaz azhar idrus terbaru 2014

ceramah agama ustaz azhar idrus terbaru 2014



Nikmatnya hanya sejengkal.

Nikmatnya hanya sejengkal.

Ada 2 nikmat dari Allah yang dapat berubah menjadi bencana terbesar untuk manusia apabila ia tidak dijaga, iaitu:
mulut dan kemaluan.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak membuatkan manusia masuk ke dalam neraka.

قال: “الأجوفان: الفم، والفرج”

Rasulullah bersabda: “Dua lubang, mulut dan kemaluan…” (HR Ahmad: 9097, Ibnu Majah: 4246, Ibnu Hibban: 476 dengan sanad yang hasan)

Dari mulut timbul ghibah, mengumpat, mencaci, menfitnah, melaga orang dan seumpamanya

Hari yang terbaik adalah 1 hingga 10 zulhijjah


Hari yang terbaik adalah 1 hingga 10 zulhijjah....malam yang terbaik adalah malam lailatulqadar....

Maksud hadis nabi saw .....Tidak ada hari yang Allah suka hambaNya beribadat padanya melainkan hari 10 awal bulan Zulhijjah...

Buat amal banyak2 hari 1 hingga 10 zulhijjah nt...1 zulhijjah jatuh pada hari jumaat ni...buatlah sebanyak2 amalan pada 10 hari tersebut.

Antara amalan2 yg boleh dibuat ialah..

kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah


Soalan; apakah kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah? Apa pula kelebihan puasa hari Arafah?

Jawapan;Dari Hafsah r.a. menceritakan;أربع لم يكن يدعهن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم صيام عاشوراء والعشر وثلاثة أيام من كل شهر والركعتين قبل الغداة
“Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai)Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;

Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?

Renungan 1

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya...

Jadual Kuliah UAI bULaN SEPTEMBER 2014

Jadual Kuliah UAI bULaN SEPTEMBER 2014
klik gambo nok besorkan

Orang-orang Yang Beriman

QS : Al-Baqarah 2:285

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖغُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"

Wirid ringkas selepas solat

Wirid ringkas selepas solat
klik gambar untuk besarkan

30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.

“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Mung Tanye, UAI JAWAB

LANGSUNG DARI MEKAH(JIKA TIDAK BOLEH LOAD,SILA REFRESH PAGE)

LANGSUNG DARI MEKAH.sila klik disini xxxxx

Dapatkan Domain dan Hosting Termurah di Malaysia

Malaysia Web Hosting

GUNALAH PAYPAL UTK BISNES ANDA

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

USTAZ AZHAR DI FACEBOOK

CERAMAH DAN KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Langgan Sekarang:

Senarai Pengedar VCD Yang Sah

Che Mohd : Kuala Terengganu : 019 927 4186/017 910 0958
Tg Yong : Kuala Terengganu : 013 950 4919
Nazri : Losong : 019 925 6156
Abd Rahim : Batu 6 : 017 966 0266
Ju : Kuala Ibai : 019 991 5568
Ahmad Jefri : Dungun : 013 980 7076
Mohd Zahariza : Kemaman : 019 989 2325
Rosli Ngah : Pasir Puteh : 013 989 8867
Rashid Ismail : Kelantan : 017 930 0470
Haji Man : Kelantan : 012 908 3958
Zam Abd Wahab : Endau/Mersing : 016 776 8789
Hj Hashim : Kuantan : 019 982 4009
Annuar : Temerloh : 019 931 6843
Khairul Azha : Melaka : 019 245 7253
Jafry : Johor : 013 755 6016
Aizat : Kedah : 019 512 1064